Monday, 16 November 2015

"Wei Ril! Kau ada dengar hal budak baru tu?" pelajar lelaki rambut berceracak itu menyoal ketua kumpulannya yang asyik mendengar lagu. Sepatutnya sekarang ini mereka berada di dalam kelas, tetapi macam biasa la. Budak ada rekod disiplin. Melepak je kerja mereka. Tapi mereka hanya ponteng sekali-sekala. Kira ada kebaikan dalam keburukan. Hahaha!
          "Apa hal dengan budak tu?" soal Tengku Syazril Arfan, ketua kumpulan Enam Jahanam. Mereka digelar sebegitu kerana perangai mereka yang suka memberontak tanpa mengendahkan amaran cikgu. Kebiasaannya mereka hanya melepak di tepi padang sekolah apabila memonteng kelas. Sambil bermain gitar dan memasang lagu dengan kuat. Cikgu-cikgu hanya mampu memandang dan sekali-sekala memberi nasihat tetapi tidak diendahkan. Ini disebabkan pengaruh daddy Tengku Syazril Arfan yang banyak menyumbang dana ke sekolah ini. Sebab itu mereka bebas untuk melakukan apa sahaja.
          Biasalah kalau namanya pun usahawan perniagaan terkenal yang mempunyai beratus anak syarikat di merata tempat termasuk luar negara. Disebabkan Tengku Syazril Arfan sahaja yang akan menjadi pewaris harta itu semua, papanya hanya mengikut segala permintaannya. Kedua-dua adik perempuannya itu memang tidak berminat dengan perniagaan mereka.
          "Panas hati betul aku tengok perempuan tu. Hari tu masa dekat kantin, dia tolak awek aku sampai jatuh. Biadap betul. Kalau aku jumpa, siaplah!" lelaki bernama Amran itu menggenggam penumbuknya. Dalam kalangan kumpulan mereka, Amran sahaja yang berlagak poyo. Cakap nak pukul la, tibai la. Alih-alih dia suruh kekawan yang lain je uruskan kalau ada pergaduhan. Memang dasar penakut! Cakap je lebih! Lagi satu dia ni memang pentingkan awek. Macam-macam dia sanggup buat demi awek gediknya itu. Termasuk memenuhi semua permintaan perempuan itu. Hampir setiap minggu dia berhabis duit mengikut kemahuan perempuan itu.
          "Apehal pulak? Budak baru orang panggil Ari tu ke? Biarkan jelah. Hal perempuan takyah masuk campur." Tengku Syazril Arfan hanya memberi jawapan selamba.
          "Masalahnya dia buat hal dengan awek aku. Kau tau tak semalam beria-ria Si Sherry tu menangis suruh aku balas balik. Aku nak buat apa ni bro?"
          Tengku Syazril Arfan mencebik. Sherry la konon. Tidak silap dia, perempuan itu nama sebenarnya Aminah. Takde pasal-pasal nak tukar nama. Nama glamor kononnya.
          "Apa susah? Kau pergi jumpa face to face jela ngan pompuan tu," sampuk Nizam, salah seorang ahli kumpulan mereka.
          "Malas lah aku layan kau. Takut nanti aku jumpa dia, naik tangan pulak aku ni. Aku taknak arr pukul perempuan. Aku kan lelaki sejati." Amran mendebik dada bangga.
         Nizam dan Tengku Syazril Arfan berpandangan sesama mereka. Serentak mereka melaung "Perasan!"
Selepas itu, mereka bergerak pulang apabila loceng tamat persekolahan berbunyi. Malam ini mereka akan keluar untuk bermain futsal. Sudah lama mereka tidak lepak malam. Ini disebabkan kesibukan mereka bagi menghadapi SPM yang tinggal hanya 10 bulan lagi.

                    ***************  

No comments:

Post a Comment