Tuesday, 17 November 2015

Ku Pujuk Hatiku (KPH)

ARISYA menyepak motor Ex5 birunya itu. Dia bengang! Arisya mencangkung dan menilik tayar depan motornya itu. 'Macam mana boleh bocor ni?! Tadi elok je' bentak Arisya dalam hati. Ni mesti kes mendajjalkan barang orang ni. Mustahil tayar itu boleh bocor. Seingatnya, kelmarin baru sahaja dia mengepam tayar motornya di stesen minyak. Masa parking motor tadi pun still okey.
          Arisya teringat sesuatu. Serentak itu dia menepuk kuat kusyen motornya. Ni mesti kerja pompuan gedik tu. Apa yang diorang tak puas hati lagi Arisya pun tidak tahu. Tadi sewaktu Arisya keluar dari kelasnya, dia terserempak dengan geng-geng gedik itu. Mereka asyik tergelak-gelak sambil tersenyum sinis ke arahnya. Arisya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Macam mana ni? Takkan nak tolak kot? Mahu patah pinggangnya nanti. Arisya terpaling-paling kot-kot ternampak geng-geng Zack. Tapi hampa. Rasanya mereka sudah pulang awal tadi. Nak mintak tolong Izni, mustahil! Kawannya itu pulang dengan bas. Arisya mengeluh.
          "Ahaa!! Pak Mat!" Arisya teringat akan orang tua itu. Tapi bila difikir-fikirkan balik, menyusahkan orang tua itu pula. Mesti dia sedang sibuk sekarang. Lagipun, kalau dia telefon Pak Mat suruh datang menjemputnya, pasti Pak Mat akan membawa kereta itu. 'Err.. Taknak aku!' Arisya menggeleng-geleng. Dia sudah kering idea. Hendak mintak tolong siapa ni? Pelajar lain pun kebanyakannya sudah pulang. Terlupa pulak. Along, Syaha, Oppie kan ada.
          Arisya menyeluk seluar sukannya. Dia menggagau-gagau mencari telefon Nokia 310 nya. Arisya cemas. Mana pulak telefon ni? Arisya sudah membebel-bebel. Masa kecemasan ni lah tertinggal pulak. Arisya duduk mencangkung di hadapan motornya. Takkan dia nak balik jalan kaki kot. 10 kilometer tu jarak rumahnya dengan sekolah. Mahu tak patah nanti kakinya!
          "Kenapa kau tak balik lagi?" suara garau yang menegurnya itu membuatkan Arisya terpaling-paling mencari tuan empunya badan. Arisya berpaling ke belakang dan serentak itu dia mendongak apabila kanta matanya melihat sebatang tubuh sasa berdiri dibelakangnya. Arisya memandang ke hadapan semula. 'Kenapalah terjumpa mamat ni pulak?' Arisya buat-buat tak nampak.
          "Woi! Aku cakap dengan kau ni!" Tengku Syazril Arfan mengetap bibir. Boleh pulak pompuan ni buat-buat tak nampak dirinya.
         Mendengar suara itu, memaksa Arisya berdiri dan berpaling menghadap ketua geng Enam Jahanam itu.
          "Apa?" Arisya bersuara nak tak nak je.
          "Kenapa kau tak balik lagi? Motor kau kenapa? Rosak? Ke bocor?" soalan bertubi-tubi dari Tengku Syazril Arfan itu langsung tidak dijawab oleh Arisya. Tengku Syazril Arfan bengang. Dia menolak kasar tubuh kecil Arisya dan mencangkung menilik motor buruk perempuan itu. Dia memicit tayar depan yang kempis. Emm. Sah-sah tayar ni bocor. Patutlah dari tadi dia lihat Arisya membebel-bebel sambil menyepak tayar motornya itu. Tengku Syazril Arfan kembali berdiri dan memandang wajah Arisya yang putih kemerah-merahan. Panas mungkin.
          "Motor kau bocor ni. Kalau kau nak, kau boleh tumpang aku." Tengku Syazril Arfan mempelawa. Entah macam mana, dia terdetik untuk menegur perempuan itu tadi. Selama lima tahun dia bersekolah di sini, belum pernah dia pelawa untuk menolong mana-mana perempuan. Arisya sorang je! Sebaliknya, perempuan lain yang terhegeh-hegeh ingin mendampinginya. Tapi Arisya lain.
         "Emm.. takpayah la. Aku balik la dengan apa-apa pun." Arisya memandang ke arah lain. Entah kenapa dia rasa lain macam apabila berhadapan dengan lelaki ini.
          "Kau nak balik dengan apa? Dah pukul 3.30 petang ni. Teksi pun tak lalu jalan ni."
          "Alah.. Kau balik jela. Tak payah nak buat baik. Nanti la aku call sape-sape suruh datang ambik." Arisya semakin rimas. Hisy! Aku cakap taknak, taknak arr! Kalau dia ikut lelaki itu, entah kemana dibawanya. Bukannya dia tidak tahu, kawan lelaki itu berdendam dengannya.
          "Taknak sudah!"
          Tengku Syazril Arfan berjalan laju meninggalkannya. Dia melihat lelaki itu membuka pintu Kereta Audi R8 berwarna merah menyala. Fuyoo! Audi tu! Sah-sah anak orang kaya bawak kereta mahal ke sekolah. Lelaki itu memandu laju keretanya melepasi Arisya sebelum keluar dari pagar sekolah.
          Akhirnya Arisya terpaksa juga menelefon Pak Mat supaya datang menjemputnya. Sempat dipesannya supaya menjemputnya agak jauh dari kawasan sekolah. Ada sebab dia menyuruh orang tua itu berbuat begitu. Dia senang dengan Pak Mat. Pak Mat tidak pernah menolak apabila dia meminta pertolongan.
          Arisya keluar melalui pintu pagar utama dan mula berjalan ke tempat yang dijanjikannya dengan Pak Mat. Selesai satu masalah!

                    *****************

Tengku Syazril Arfan meletakkan kunci keretanya di meja tempat mereka makan. Dia mengganit tangan memanggil pelayan. Selepas mengorder sepinggan nasi USA dan teh 0 ais, Tengku Syazril Arfan berjabat tangan dengan kawan-kawannya. Semua gengnya itu menyertai dia malam ini cuma Amran sahaja yang tidak datang. Katanya dia ingin keluar dengan si Sherry itu lagi. Tidak habis-habis.
           Mereka berbual-bual kosong. Berbual pasal bola pastu sambung pula dengan kelab kereta mereka. Dalam bersembang-sembang tu, Tengku Syazril Arfan terpandang seseorang. Matanya mengamati insan itu. Rasanya dia kenal. Bukan tu si Sherry ke? Mata Tengku Syazril Arfan masih tertumpu pada dua tubuh itu yang berpelukan mesra sambil bergelak ketawa. Pakaian si perempuan tak payah cakap. Dengan skirt ketat separah paha dipadankan pula dengan baby T nya memang menyeksa mata yang memandang. Tengku Syazril Arfan tidak percaya. Kata Amran dia mahu keluar dengan Sherry malam ini, tapi yang dia lihat Sherry bermesra-mesra itu bukan Amran. Lelaki lain! Tengku Syazril Arfan hanya diam. Dia tidak mahu menghebohkan perkara ini lagi.
          Tengku Syazril Arfan kembali bersembang dengan kawan-kawannya sehingga larut malam. Almaklumlah esok hari Ahad jadi dia tidak perlu balik awal.


                    *************





No comments:

Post a Comment