Sudah dua bulan berlalu sejak kejadian Arisya membelasah Sherry dulu. Arisya sudah kembali kepada sikap asalnya. Suka memberontak! Cuma kurang dan lebih baik berbanding dulu. Pelajar lain pula tidak berani untuk mencari pasal dengan Arisya kerana takut peristiwa hari itu berulang lagi.
Arisya bergelak ketawa dengan gengnya sambil melepak di koridor luar kelas mereka memandangkan cikgu mereka tidak masuk kelas. Tiba-tiba kedengaran telefon Arisya berdering mendendang lagu 'Bukan Superstar' . Lupa pulak Arisya ingin mensilentkan telefonnya kerana kalut pada pagi tadi. Arisya menekan butang hijau dan menunggu suara di hujung talian. Panggilan dari mamanya.
"Hello..." Arisya terpaksa memulakan bicara apabila mamanya itu hanya mendiamkan diri.
"Hello.. Hello mama?"
"Ari.. Ari.." suara mamanya tenggelam timbul dengan suara tangisannya.
Arisya sudah pelik. Kenapa mama menangis? Setahunya, mamanya itu jarang sekali menitiskan matanya kalau tiada hal mustahak berlaku. Arisya cuba bertenang.
"Mama. Mama kenapa? Kenapa menangis ni?"
"Ari... Ari mesti datang hospital sekarang.. Papa.. papa" mamanya kembali menyambung tangisannya.
Jantung Arisya berdegup kencang. Kenapa dengan papa? Apa yang berlaku? Kenapa mamanya menangis seteruk ini? Kenapa? Arisya memandang wajah kawan-kawannya. Kawan-kawannya itu menunjuk isyarat bertanya kenapa? Arisya hanya diam.
"Kenapa? Kenapa dengan papa?"
"Papa.. papa kemalangan Ari Ari mesti datang hospital sekarang jugak. Papa.. papa tenat." talian diputuskan tanpa sempat Arisya menjawab.
Papa.. Papa kemalangan? Arisya kaku. Kemalangan? Terukkah? Kalau tak teruk mustahil mamanya menangis seteruk itu. Tenat? Serentak itu matanya merah. Dia memandang kawan-kawannya.
"Kau kenapa?" Along pelik melihat mata Arisya merah seakan-akan ingin menangis.
"Papa.. Papa aku tenat.. Aku.. Aku mesti pergi ke hospital sekarang jugak!" Arisya terus berlari menuju ke motornya tanpa sempat mengambil begnya. Panggilan dari kawan-kawannya tidak dihiraukan. Dia memecut keluar dari perkarangan sekolah menuju ke hospital.
************
Arisya berjalan kencang menuju ke kelas 5 Sains. Dia memanjat tangga pantas. Sampai di kelas tersebut, Arisya sekali lagi menendang pintu kelas tersebut. Sama macam hari dia membelasah Sherry. Tapi sekarang, cikgu sedang mengajar dalam kelas itu.
"Semua keluar! Cikgu! Cikgu pun keluar! Kecuali Tengku Syazril Arfan! Keluar!!!!" Arisya bertempik kuat.
Semua pelajar keluar termasuk cikgu. Mereka paham dengan kuasa yang dimiliki keluarga Arisya yang mampu menjatuhkan siapa pun.
Arisya merenung tajam wajah kacak Tengku Syazril Arfan yang berada tepat dihadapannya. Wajah itu hanya berlagak biasa. Tidak mempamerkan sedikiy pun rasa takut melihat Arisya mengamuk.
"Kau!!" Arisya mencekik kolar baju Tengku Syazril Arfan kuat sehingga muka lelaki itu menjadi merah.
"Kau dah kenapa perempuan? Tiba-tiba nak buat kecoh!" Tengku Syazril Arfan menolak kasar tangan Arisya yang memegang bajunya. Dia membetulkan kolar bajunya yang senget.
"Kenapa?! Kau tanya aku kenapa?!" Arisya mara dan menumbuk muka Tengku Syazril Arfan. Tumbukannya tidak menjadu apabila Tengku Syazril Arfan memegang kuat tangannya.
"Kau kenapa?!" Tengku Syazril Arfan pelik. Kenapa Arisya tiba-tiba menyerangnya?
"Kau!! Kau pembunuh! Pembunuh!" Arisya menumbuk kuat muka Tengku Syazril Arfan sehingga lelaki itu terundur. Arisya mara dan menumbuk muka, perut dan apa saja di badan Tengku Syazril Arfan. Akhir sekali, Arisya berhenti. Dia berdepan dengan Tengku Syazril Arfan sambil merenung wajah Tengku Syazril Arfan yang merah. Bibir lelaki itu juga lebam dan berdarah. Kali ini pandangannya hanya pandangan terluka.
"Kau puas kan? Kau memang puas kan tengok aku kehilangan orang yang aku sayang? Dia satu-satunya tempat aku mengadu masalah, tempat aku bergurau, tempat aku luahkan segala yang aku rasa tapi.. tapi sekarang.." Arisya merenung wajah Tengku Syazril Arfan yang pucat.
"Kau.. Kau.." suara Tengku Syazril Arfan terputus-putus. Tidak mungkin! Tidak! Mustahil!
"Aku! Aku anak kepada orang yang kau langgar hari itu. Anak kepada orang yang mati sebab kau. Sebab kau! Kau langgar papa aku sehingga aku hilang segalanya. Kau penyebab papa aku tinggalkan aku!" mata Arisya sudah berkaca.
"Kenapa? Kenapa dalam banyak-banyak barang yang aku ada, kau.. kau ambik papa aku. Dia.. Dia nyawa aku. Tapi kau dah rampas segalanya!"
Tengku Syazril Arfan menggeleng-geleng. Tidak! Tidak mungkin Arisya anak lelaki yang dia langgar sehingga maut minggu lepas. Tidak mungkin!
"Kau pembunuh! Kau pembunuh! Kau rampas segalanya dari aku! Kau..." Arisya tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya menahan tangisan yang ingin meledak.
"Aku... Aku tak tahu tu ayah kau.. Aku.. Aku tak sengaja... Aku tak sengaja nak langgar dia.. Semua ni kemalangan. Aku..." Tengku Syazril Arfan tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia memang terlibat dengan kemalangan minggu lepas. Dia telah melanggar seorang lelaki yang ketika itu sedang melintas jalan. Tapi... tapi dia tak sengaja!
Arisya ketawa.
"Tak sengaja? tak sengaja? Kau ingat dengan tak sengaja kau tu boleh kembalikan papa aku? Kau ingat papa aku akan kembali dengan duit yang kau sogokkan dekat mama aku? Kau ingat dengan sepuluh juta kau tu mampu hidupkan papa aku? Kau.." suara Arisya hanya perlahan. Dia sudah tidak mampu bersuara kuat. Hatinya lemah. Dia sudah tidak kuat. Dia hilang segalanya. Dia sudah kehilangan papanya! Nyawanya! Kenapa lelaki itu begitu kejam?
"Aku takkan maafkan kau! Selamanya aku takkan maafkan kau! Kau dah bunuh papa aku! Aku takkan maafkan kau!" Arisya bersuara perlahan tapi tegas. Dia sedaya upaya menahan air matanya daripada menitis.
"Ari..." suara lembut Syaha yang memanggilnya menambah lagi bebanan Arisya. Arisya memejamkan matanya seketika sebelum dia berpaling ke belakang.
"Syaha... Aku.. Aku dah takde sesiapa. Aku dah kehilangan papa aku. Papa aku.. papa aku dah tinggalkan aku.." suara Arisya bergetar. Matanya merah.
"Ari.." Syaha menghulurkan kedua tangannya.
Oppie sudah menangis kuat di belakang Syaha sambil ditenangkab Along.
"Aku.." serentak air mata Arisya menitis.
Tubuh kaku Arisya segera diraih Syaha dan dipeluk erat. Syaha turut menangis. Ini kali pertama dia melihat Arisya menitiskan air matanya. Sebelum ini, walau sesakit manapun Arisya, kawannya itu tidak pernah menitiskan air matanya. Kali pertama! Dan air mata itu.. air mata penuh kelukaan.
No comments:
Post a Comment