Friday, 20 November 2015

SUDAH enam bulan Arisya dan kawan-kawannya bersekolah di SMK Nasiruddin Shah ini. Dalam masa itu juga Sherry tidak putus-putus mengganggu Arisya dan lebih teruk apabila dia mendapat tahu Arisya dari keluarga yang susah. Tengku Syazril Arfan pula yang asyik membela Arisya membuatkan Sherry bertambah berang kerana sudah lama dia meminati Tengku Syazril Arfan. Amran hanya alasan supaya dia dapat mendekati Tengku Syazril Arfan. Tentang Amran yang memutuskan hubungan mereka, Sherry baru dapat tahu yang ketua geng enam jahanam itu lah yang ternampak dia bermesra dengan lelaki lain, merendahkan lagi maruah Sherry di mata Tengku Syazril Arfan. Dan Sherry sekarang hanya ingin menbalas dendam kepada Arisya. Dia sudah mengatur rancangan sebaiknya.
          Hari ini Arisya sedikit muram. Dia tiada mood. Penat melayan kerenah Sherry yang mengganggunya setiap hari. Arisya mengulang kaji di dalam kelas memandangkan guru Matematiknya itu ada hal. Tiada pula cikgu lain yang menggantikannya. Along, Syaha dan Oppie pula asyik berbual di belakangnya namun itu tidak mengganggu tumpuannya.
          "Ari! Ari!" kedengaran suara cemas di luar kelas memanggil Arisya. Arisya berhenti mengulang kaji. Dia keluar dari kelas apabila melihat Zack berada di luar kelasnya. Muka kawannya itu cemas.
          "Apa?" Arisya musykil.
          "Ari.. Ari! Kau pergi tengok motor kau. Kau pergi tengok!" Zack menyuruh dengan tergesa-gesa.
          "Kenapa dengan motor aku?" Arisya merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku sekejap lagi.
          "Motor kau! Kau pergi tengok sekarang!" Zack menarik Arisya menuju ke tempat yang Arisya biasa memarkir motornya.
          Sampai mereka di situ diikuti Along, Syaha dan Oppie di belakang, Zack menunjuk ke arah motor Arisya.
          Mata Arisya membuntang. Dia tidak percaya. Mustahil motornya akan bertukar rupa menjadi begitu sekali. Arisya mendekati motornya yang sudah tiada rupa motor itu.
          Cat berwarna warni menghiasi motornya. Belum tengok lagi bagaimana rupa motornya itu tanpa kedua-dua tayar. Ke mana perginya tayar motor aku ni? Mata Arisya sudah memerah menahan marah.
          "Siapa punya kerja ni?! Siapa yang buat?!" suara kuat Arisya memenuhi perkarangan sekolah itu. Suaranya melengking kuat.
         Itulah yang paling ditakuti Along, Syaha dan Oppie. Mereka hanya diam dan menikus. Tidak berani menjawab.
          Zack terkejut. Tidak sangka Arisya akan bertukar menjadi begitu sekali. Sebelum ni dia hanya ala-ala je. Tak sangka akan menjadi begitu bengis seperti ini.
          "Err.. err.. kerja.. kerja geng Sherry tu.." Zack menjawab terketar-ketar. Gerun melihat wajah Arisya yang bengis dan memerah itu.
          Arisya tidak tunggu lama. Dia berlari kencang menuju ke kelas Sherry yang hanya berada setingkat di atas kelasnya.
         Tidak sampai lima minit, Arisya sampai di kelas bedebah itu sambil diikuti kawan-kawannya yang sudah tercungap-cungap mengejar Arisya. Arisya hanya biasa. Dia sudah biasa memecut. Juara 200 m. Arisya menendang pintu kelas yang tertutup rapat.
          Along, Syaha dan Oppie melepaskan nafas lega apabila melihat cikgu tiada di dalam kelas. Dengan kehadiran cikgu, pasti keadaan bertambah rumit. Mereka berdiri tidak jauh dari pintu kelas. Hanya melihat Arisya yang meluru ke arah Sherry yang sedang berbual.
          Arisya menarik kuat baju Sherry yang sedang membelakanginya. Jelas perempuan itu terkejut yang amat. Sekarang Arisya berdepan dengan Sherry.
          "Eh perempuan! Kau dah gila ke?!" pekik Sherry sambil menggosok tekaknya yang sakit apabila bajunya direntap kuat oleh Arisya. Memang sekarang ini dia berdebar apabila melihat wajah bengis Arisya.
          "Kau yang gila! Berani kau buat macam tu dekat motor aku?! Berani kau!" suara Arisya bertempik memenuhi blok itu. Pelajar lain sudah terhendap-hendap ingin tahu apa yang sedang berlaku.
          "Kalau nak tunjuk berani, jangan tunjuk dekat sini, budak!" tempelak Amran yang merupakan rakan sekelas Sherry. Memang keenam-enam ahli kumpulan Enam Jahanam itu sekelas dengan Sherry. Ahli yang lain hanya melihat termasuk Tengku Syazril Arfan.
          Tengku Syazril Arfan hanya melihat. Dia tahu yang Sherry sudah bertindak melampau sehingga mengundang kemarahan Arisya yang hanya membuat bodoh apabila Sherry mencari pasal dengannya. Mesti benda ni berat.
          Amran pula memang sudah tersilap masa ingin menyampuk.
          Arisya berjalan laju menuju ke arah Amran sebelum dia mencekak kolar baju lelaki itu dan menghadiahkan tumbukan padu ke muka kacak Amran. Amran terundur sambil mengerang.
          Semua orang dalam kelas itu terkejut kecuali Along, Syaha dan Oppie. Mereka menutup mulut menahan ketawa. Baru kau tahu siapa Arisya!
          Amran mengelap bibirnya yang berdarah. Dia terkejut. Tidak menyangka Arisya akan bertindak sebegitu sekali. Amran tidak berani membalas kerana dia tahu Arisya mempunyai black belt.
          Melihat Amran tidak membalas, Arisya kembali berhadapan dengan Sherry yang sudah pucat mukanya.
          Sherry tahu dia sudah tersilap langkah.
          "Kau apesal? Kau.. kau nak apa, hah?" Sherry masih berlagak berani walhal dia sudah terketar-ketar.
          "Aku nak apa?! Hah?! Aku nak apa?!" Arisya ketawa jahat. Berani perempuan itu bertanya apa yang dia mahu setelah motornya dijahanam sebegitu rupa.
          "Kenapa kau jahanamkan motor aku?!" suara Arisya masih kuat. Memang dia sangat-sangat bengang sekarang ini. Motor kesayangannya sudah rosak teruk.
          "Kenapa? Setakat motor buruk kau tu, takde sape heran lah!"
          Darah Arisya semakin mendidih.
          "Ke kau memang mampu beli motor buruk tu je? Hei! Motor buruk macam tu memang patut jual kat besi buruk!" Sherry semakin seronok mencaci apabila melihat Arisya diam.
          Arisya menggenggam kuat penumbuknya. Dia takut yang dia akan melanggar amaran mamanya supaya tidak menimbulkan hal. Selama enam bulan dia bertahan daripada menimbulkan masalah, dia tidak rasa yang dia akan bertahan lagi.
          "Tapi kau tak berhak nak sentuh motor aku. Motor tu aku beli dengan hasil titik peluh aku sendiri! Sekarang kau dah jahanamkan! Kau tak puas hati apa sebenarnya dengan aku?!"
          Sherry pula ketawa kuat.
          "Kau tanya apa yang aku tak puas hati? Aku tak puas hati dengan kau sebab kau rampas Aril daripada aku! Kau berlagak depan aku! Kau memang sepatutnya dijatuhkan dasar anak miskin! Pengemis! Sundal!" Sherry mencaci dengan kuat.
          Mata Arisya sudah merah. Menahan geram yang tidak dapat disembunyikan lagi.
          "Kurang ajar!!!"
          Arisya memberi tumbukan sulung ke pipi Sherry. Terduduk perempuan itu dibuatnya. Tidak cukup dengan itu, dia menarik rambut Sherry supaya bangun.
          "Anak miskin?! Pengemis?! Sundal?! Kau memang patut diajar." Arisya menumbuk lagi sekali muka Sherry sehingga bibir perempuan itu berdarah. Dipukul-pukulnya tanpa menghiraukan tangisan Sherry yang meledak dengan kuat.
          Orang lain hanya melihat tanpa berani untuk masuk campur. Oppie berpandangan dengan Syaha dan Along. Memang tidak patut dibiarkan. Mereka takut Sherry separuh mati dikerjakan Arisya yang mempunyai tali pinggang hitam itu. Mereka segera meleraikan Arisya dariapada terus memukul Sherry yang sudah menangis kuat.
           Arisya meronta-ronta. Dia masih tidak puas!
           "Lepas!! Lepaskan aku!! Biar aku ajar perempuan ni!! Lepas!!" Arisya menengking Along dan Oppie yang memegangnya kejap dan menjauhinya daripada Sherry.
          "Ari.. Ari! Dengar sini! Kau pukul sampai mati pun dia takkan selesaikan masalah!" Syaha memegang kedua-kedua pipi gebu Arisya.
          "Haah Ari! Kau jangan layan perempuan ni. Pasal motor kau tu, kau lebih daripada mampu." giliran Oppie pula memujuk.
          "Kau tarik nafas pastu lepas. Come on Ari!" Along dan Oppie mula melepaskan pegangan mereka apabila melihat Arisya sedikit tenang.
          "Kau dengar sini perempuan! Aku akan pastikan kau merempat! Aku nak tengok siapa yang akan jadi pengemis lepas ni! Kau tunggu!" sempat Arisya memberi amaran sebelum dia keluar dari kelas itu. Dia perlu menenangkan diri.
          "Kau dengar tu! Baru kau tahu siapa Ari!" tempelak Along.
          "Kau jaga-jaga lepas ni perempuan! Ari takkan lepaskan kau!" Syaha menyampuk.
          "Sebelum buat sesuatu, pikir dulu bongok!" Oppie menyambung sebelum mereka keluar mengekori Arisya sambil tergelak kuat.
          Sherry hanya menangis. Rambutnya sudah kusut-masai. Badannya sakit dipukul Arisya. Dia tidak menyangka ini padahnya selepas dia dan kawan-kawannya itu menjahanamkan motor Arisya. Dia serik!
          Pelajar lain kecoh apabila Arisya sudah tiada.
          "Woooo.. Tak sangka aku wei. Perempuan yang kau minat tu boleh jadi panas baran macam ni." Adib Irfan, ahli kumpulan Enam Jahanam menepuk-nepuk bahu Tengku Syazril Arfan. Dia pada mulanya memang tidak sangka yang Tengku Syazril Arfan meminati Arisya dalam diam. Sebelum ini, mana pernah ketua Enam Jahanam itu jatuh hati pada perempuan. Ini yang pertama kali! Memang taste Tengku Syazril Arfan yang garang-garang agaknya.
          Akid Ikhwan, abang kembar Adib Irfan sudah tergelak-gelak disusuli oleh Nizam dan Zakwan.
          "That's my girl!" Tengku Syazril Arfan tersenyum senget. Hatinya makin jatuh cinta pada Arisya yang berani tahap petala langit. Langsung tidak takutkannya. Aku akan pastikan kau jadi milik aku, my little girl! Tengku Syazril Arfan menanam azam. Mereka sambung gelakkan Amran yang ditumbuk Arisya sehingga lebam pipi Amran.
          'Arisya! Arisya!' Tengku Syazril Arfan menggeleng-geleng sambil turut ketawakan Amran yang sudah masam mukanya. Tak padan dengan lelaki! Memalukan kaum betul!

                    **************

"VROOM!! Vroommm!" bunyi bising motor besar itu membuatkan pelajar yang sedang mendengar taklimat guru di tapak perhimpunan berpaling.
          Kelihatan motor Ninja Kawasaki berwarna hitam dan sedikit warna hijau muda bergerak laju masuk ke dalam perkarangan sekolah. Motor mahal itu berhenti tepat di hadapan barisan pelajar tingkatan 4. Tuan punya motor itu menungkat motornya dan mula menanggalkan topi keledar hitam yang menutupi mukanya.
          Semua pelajar terhendap-hendap untuk melihat tuan empunya motor itu.
          "Arisya!!" gempar suara pelajar yang mula berbisik-bisik. Along dan rakan perempuannya yang dua orang itu sudah tersengih. Arisya is come back. Syazia Arisya Datuk Seri Azmi!
          Arisya meletakkan topi keledar di atas motor kesayangannya sambil berjalan menghampiri Sherry yang pucat memandangnya. Pelajar lain mula memberi ruang dan bergerak sedikit jauh daripada Arisya.
          Arisya tersenyum sinis sambil menepuk-nepuk tangannya di hadapan muka Sherry.
          "Sekarang kau dah kenal aku! Syazia Arisya Datuk Seri Azmi! Kau, Siti Aminah Mohd Hamad tak setanding dengan aku. Sebelum ni, dah banyak kali aku bagi amaran! Jangan sentuh aku kalau aku tak cuit kau! Sekarang kau dengar baik-baik. Aku bagi kau masa hari ni je, aku taknak tengok muka kau. Esok kalau aku ternampak muka kau kat sini, kau akan tahu akibatnya! Faham!" Arisya menepuk-nepuk pipi Sherry yang masih tergamam sebelum dia kembali ke motornya tanpa menghiraukan cikgu dan pelajar lain yang melihatnya. Dia memandu laju keluar dari pagar sekolah dan meninggalkan bunyi kuat hasil daripada motor Ninja Kawasakinya kesayangannya itu.

No comments:

Post a Comment