"WEI Syaha! Kau dah tak ingat ke kat Ari? Rindu weh kat dia. Lama tak lepak sama," ujar Oppie kepada kawannya itu yang asyik menikmati Chicken Chopnya. Tak habis-habis makan. Ni terjangkit dengan Ari lah ni. Kuat makan. Oppie menjeling Syaha yang masih mengunyah makanannya.
"Woi! Kau dengar ke tak?! Ni lah orang kata. Pentingkan makanan daripada kawan!" Oppie berpura-pura merajuk.
"Alolo... Kau agak-agak la. Ayam dalam mulut aku ni tak ditelan lagi. Kang aku bukak mulut kang, kau jugak yang kena sembur nanti." Syaha menolak sedikit kepala kawannya itu.
"Haah la Ari tu. Sejak pindah sekolah, dah lama jugak kan dia tak lepak ngan kita. Bosan arr tak cukup geng ni. Kalau ada dia, bolehla kita nak buat kerja gila sikit." Syaha dan Oppie termenung. Memang sejak Ari berpindah, mereka berasa sunyi sebab sebelum ni mulut Ari yang paling kecoh. Kepala yang gila-gila. Ajak buat apa-apa pun, kawan meraka yang sorang tu on je. Tapi sekarang lain sikit la, kebiasaanya mereka akan lepak sama kat mana-mana mall pun. Cuma selepas Ari berpindah, masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Semakin jarang lepak. Hari ni pun mereka keluar sebab Along yang ajak. Kalau tak sampai sekarang mereka masih melantak tidur.
Dari jauh, mereka melihat Along melambai ke arah mereka sambil berjalan seperti model. Along sahaja geng mereka yang jantinanya lelaki. Kalau mereka pakaikan si Along tu rambut palsu yang panjang, konfem ada orang anggap diorang ni empat beradik perempuan. Hahaha! Puncanya Along tu muka jambu! Baby face! Tapi kalau dia pakai pakaian lelaki macam jaket tu, pergh! Macho habis! Geng sekepala ngan Ari dia ni.
"Apa tengok-tengok? Aku tau la aku hensem macam model tu. Takyah renung lama-lama nanti jatuh cinta." Along bersuara gedik.
Syaha dan Oppie tunggu apa lagi. Terus diketuk kepala Along sampai lelaki itu menjerit kesakitan. Mereka ketawa kuat tanpa menghiraukan orang lain yang lalu-lalang.
Selesai mengoder makanan, masing-masing menikmati hidangan sambil berbual kosong.
"Weh Along. Kau takde apa-apa berita ke pasal Ari? Senyap je kawan kacip kau tu," tanya Syaha.
Oppie hanya mengangguk sambil memandang muka Along.
"Takde. Dah lama dia tak contact aku. Tak silap aku, budak-budak ni semua ada cakap masa first day dia kat sekolah baru, ada budak pompuan buat hal ngan dia. Tapi budak-budak ni cerita, Ari tak kecoh pun. Cuma tarik baju budak tu pastu keluar sekolah." Along bercerita dengan bersungguh-sungguh.
Syaha dan Oppie hanya diam. Mereka pelik. Sejak bila pulak si Ari ni tahan je orang buat kat dia. Selalunya kalau ada orang yang buat hal ngan dia, pasti dibalas balik.
"Yeke citer kau ni? Tak caya aku Ari tak balas balik. Sebelum ni, pantang ada orang cuit, kaki tangan semua naik." Oppie membuat muka tidak percaya.
Syaha pula hanya mengangguk mengiakan. Memang perkara yang mustahil!
"Aku tahulah. Tapi budak-budak tu citer macam tu. Yelah kot. Kan Ari pindah sebab taknak buat hal dah. Kan mama dia bagi last warning haritu. Dengan kita-kita sekali kena."
Memang haritu mama Arisya pernah datang berjumpa mereka secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Arisya. Mama Arisya memberi amaran supaya mereka menjauhi Ari dan melarang mereka berkawan dengan Ari. Alih-alih diberitahu juga si Ari walaupun mamanya sudah pesan supaya jangan bagitau Ari. Mereka bukannya jahat sangat pun. Cuma ada masalah disiplin. Yang lain okey. Akademik mereka yang paling tinggi! Sukan pun okey malah mereka menjadi atlet terkenal disekolah. Cuma disiplin sahaja yang kurang.
"Habis tu kau takde cadangan ke supaya geng-geng kita berkumpul balik macam dulu. Aku taknak arr macam sekarang. Lepak sama pun jarang-jarang." Syaha memang macam tu. Suka mitak pendapat orang. Diri sendiri punya cadangan taknak guna. Tu lah namanga anak manja almaklumlah anak bongsu kan.
"Cadangan macam mana? Paksa Ari lepak ngan kita? Memang tak la. Takkan nak pergi rumah dia kot? Sah-sah kena halau dek Mammy Monster tu." gelaran khas untuk mama Ari. Along menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Aha!!" jerit Oppie tiba-tiba. Syaha dan Along sudah mengurut dada. Faham sangat suara Oppie yang kuat tu. Bikin gugur jantung je. Tapi otak minah ni ligat. Ada je idea bijak dia.
"Apa kata kita pindah sekolah Ari? Boleh la lepak-lepak macam dulu? Kan?" Mata Oppie bersinar menyatakan idea bernasnya.
"Betul jugak. Tapi macam mana kalau Ari tak suka. Yelah kita ni mesti akan timbulkan masalah. Ari tu baru je nak berubah." Along menjadi ragu-ragu.
" Alah..Kita try je dulu. Mesti Ari suka punya. Pasal hal kecoh-kecoh tu letak tepi. Yang penting geng kita berkumpul balik." Oppie masih mencadangkan ideanya.
" Aku setuju!" Syaha bersetuju.
Oppie dan Syaha menunggy jawapan Along. Mereka berdua saling menaikkan kening masing-masing.
" Okey la.. Okey.. Aku setuju!" Along akhirnya bersetuju.
Syaha dan Oppie bersorak. Mereka berpelukan. Tanpa menunggu lagi, mereka mengoder makanan banyak-banyak. Meraikan kecerdikan otal mereka. Hidup Ari! Hidup Ari! Itulah sahabat-sahabat Arisya. Walaupun berperangai buruk tapi mereka jenis setia kawan. Bukan macam persahabatan orang lain. Senang diraikan bersama , apabila susah disisihkan. Tapi mereka lain. Mereka sentiasa berkumpul jika salah-seorang daripada mereka mempunyai masalah. Cuba menyelesaikan masalah itu selagi mampu. Cuma masalah Arisya dengan mamanya sahaja mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Kedua-keduanya ego! Keras kepala! Tapi dari pandangan mereka, mama Arisya sangat menyayanginya. Cuma caranya sahaja yang salah. Huhuhu
No comments:
Post a Comment