Tuesday, 17 November 2015

Ku Pujuk Hatiku (KPH)

"SURPRISE!!!" tiga suara bergabung itu memeranjatkan Arisya yang baru keluar dari tandas sekolah yang terletak di tingkat dua blognya. Arisya terkedu. Dia memandang ketiga-tiga wajah yang berada di hadapannya itu. Dia tidak percaya!
          Along melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Arisya.
          Syaha dan Oppie sudah ketawa berdekah-dekah melihat Arisya yang kaku itu.
          "Korang!!" Arisya segera memeluk erat Syaha dan Oppie. Tadi dia memang terkejut gila. Keluar je dari tandas, dia dikejutkan dengan kehadiran ketiga-tiga sahabat baiknya itu. Selepas adegan berpelukan itu, Arisya melepaskan pelukannya.
          "Wei! Camne korang boleh datang sini? Tak sangka aku!" Arisya masih terkejut.
          "Magik!" jawab Syaha.
          "Hahaha. Aku rindu sangat dengan kau. Tu pasal aku ajak diorang ni pindah sini. Bijak tak aku?" Oppie sudah kembang hidung.
          Arisya menggosok kepala Oppie. Perkara selalu yang dibuat apabila idea bijak dari Oppie berhasil.
          "Ala.. Aku nak jugak!" Syaha menghentakkan kakinya sambil menjuihkan bibirnya.
          Serentak Arisya, Along dan Oppie menjerit "gedik!!".
          Arisya menggosok kuat kepala Syaha. Mereka gelak kuat. Arisya mengajak kawan-kawannya itu bersembang di kantin sambil makan memandangkan masa reor hat sudah bermula. Mereka berbual panjang sambil ketawa. Melepaskan rindu masing-masing apabila sudah sebulan lebih mereka tidak berjumpa.
          Sedang mereka berbual itu, kakak senior yang selalu mencari pasal dengannya itu tiba-tiba muncul di hadapannya. Arisya menjulingkan matanya. Sudah tahu bahawa perempuan itu pasti akan mencari pasal dengannya.
          "Kau bangun! Bangun!" jerit Sherry kuat.
          Along, Syaha dan Oppie sudah berdiri merenung tajam Sherry.
          Arisya membuat isyarat mata supaya jangan timbulkan masalah. Arisya berdiri menghadap Sherry.
          "Kenapa?" tanya Arisya selamba. Dia sudah arif dengan perangai Sherry. Ada sahaja perkara yang dia tidak puas hati.
          "Hei betina gatal! Berani kau rampas Amran dari aku kan?!" Sherry menengking.
          "Bila masa pulak aku rampas balak kau tu. Aku tak heran lah dengan mamat tu." Arisya membuay muka menyampah. Ada jugak manusia jenis sewel macam ni. Tetiba mahu menuduhnya macam-macam.
          "Kau jangan pura-pura la betina. Kau yang hasut Amran supaya tinggalkan aku kan? Kau cakap bukan-bukan sampai dia mintak putus dengan aku kan?!"
          Geng Sherry hanya diam dibelakang. Selama Sherry mencari gaduh dengannya, kawan-kawannya itu tidak pernah masuk campur. Cuma Sherry ni je yang sewel.
          Arisya malas berbahas lagi. Buang masa! Arisya mengajak kawan-kawannya beredar. Belum sempat dia melangkah keluar dari kantin, terasa bajunya ditarik dari belakang. Arisya terundur. Sikit lagi dia mahu jatuh. Nasib baik dia sempat memaut kerusi yang berhampiran dengannya.
          Along, Syaha dan Oppie sudah bengang. Berani dia mencari pasal dengan Ari! Dia belum kenal siapa Ari lagi! Mereka segera menghampiri Sherry.
          "Kau apehal perempuan?!" Oppie sudah melenting.
          Syaha dan Along pula menyekat kawan-kawan Sherry. Tidak mahu masuk campur. Takut masalah menjadi lebih besar. Dia sudah tahu dengan perangai Oppie. Oppie orang kedua paling berani selepas Ari dalam geng mereka. Kedua-duanya memang panas baran!
          Sherry menolak bahu Oppie. Oppie pula mara dan menarik kuat rambut Sherry. Mereka bergelut. Along dan Syaha hanya melihat manakala Arisya sedang berusaha meleraikan mereka.
          Arisya menarik tangan Oppie menjauhi Sherry. Rambut kedua-duanya sudah kusut. Arisya menenangkan Oppie sebelum dia mendekati Sherry.
          "Sekali lagi kau sentuh kawan aku, kau memang cari nahas! Ni antara kita dua! Kau jangan nak libatkan orang lain!" Arisya memberi amaran sebelum dia beredar dengan kawan-kawannya. Mereka menuju ke blok kelas Arisya. Mereka berhenti di tangga.
          Arisya membelek bibir Oppie yang sedikit berdarah. Arisya mengesat darah itu dengan sapu tangannya yang berwarna hijau. Tidak pasal-pasal Oppie yang dapat sakit.
          "Kau okey? Sorry. Sebab aku kau jadi macam ni." Arisya bersuara perlahan.
          "Takpe. Cuma yang aku tak faham, apa yang perempuan tu nak daripada kau?" Oppie memandang wajah cantik Arisya. Arisya walaupun dia kasar tetapi sangat mengambil berat. Arisya memang suka memanjakan ketiga-tiga mereka.
          "Entahlah. Aku pun tak tahu. Memang sejak aku pindah sini, dia memang selalu cari pasal. Cuahkan mee goreng atas kepala aki, bocorkan tayar motor.." Arisya melabuhkan punggungnya di atas tangga.
          "Gila!!" Syaha menjerit.
          "Haah. Gila kot pompuan tu. Berani dia buat macam tu kat kau. Kau tak kasi flying kick kat pompuan tu?" Along menyampuk.
          "Tak. Malas aku nak peduli pasal benda kecik ni. Lagipun aku taknak timbulkan masalah lagi. Sebab tu rekod aku bersih." Arisya menayangkan gigi putihnya yang tersusun cantik.
          "Mana boleh macam tu! Takkan kau nak biarkan je perempuan tu?" Oppie tidak puas hati. Dia memang berdendam dengan perempuan itu.
          "Biarkan jela. Kalau kita layan, semakin menjadi-jadi la perangai dia tu," tegah Arisya.
          "Hisy! Tak puas hati aku!" Oppie masih dengan perasaan marahnya.
           Along dan Syaha hanya mendiamkan diri. Singa sedang berbincang mana boleh masuk campur. Tidak pasal-pasal mereka diherdik nanti.
          "Kelas korang mana? Waktu rehat dah habis ni." segera Arisya menukar topik.
          "Kelas sama dengan kau. Sains 1. " Along menjawab.
          "Bagus lah tu. Jom masuk kelas. Aku nak kenalkan kau dengan seseorang.
          Mereka akhirnya masuk ke dalam kelas dan berkenalan dengan Izni. Mereka berbual-bual. Meja Syaha, Along dan Oppie ditangkup dan diletakkan di belakang meja Arisya. Niat Alonh mahu semeja dengan Ari, tapi Arisya menolak kerana dia ingin semeja dengan Izni. Terpaksa Along bersama dengan minah kepoh dua orang tu.
          Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang asyik memandang mereka terutamanya Arisya. Lelaki itu segera berlalu apabila loceng tamat rehat berbunyi.


                    *************


          "Korang datang dengan apa ni?" Arisya mengeluarkan kunci motornya daripada kocek.
          "Dengan kereta Along lah. Kau?" Oppie bertanya.
          Syaha tidak menyampuk. Dia asyik mengunyah Potatonya dari tadi.
          Along pula pergi mengambil keretanya.
          Arisya hanya diam. Dia berjalan menghampiri motornya di bawah pokok. Arisya segera menunggang motosikalnya tanpa berniat untuk menghidupkannya lagi.
          Oppie dan Syaha sudah berpandangan antara satu sama lain.
          "Bi.. biar betul kau Ari?" Oppie menilik hampir semua bahagian motor cabuk Arisya.
          Syaha pula turut sama naik membonceng di belakang Arisya.
          "Motor siapa ni Ari? Motor kau ke?" Syaha pula bertanya. Dia sangka ini motor pelajar lain. Rupanya memang motor Arisya.
          "Motor aku la. Kenapa?" Arisya tahu kawannya itu terkejut melihat motornya. Apa? Buruk sangat ke?
          "Sejak bila kau pakai motor ni? Kau jangan cakap papa kau..." kata-kata Oppie terhenti di situ.
          "Dah.. dah.. sekarang ni status aku hanya anak orang susah. Aku hanya ada motor ni je. Kau jangan tanya kenapa. Dah. Turun Syaha.. Aku nak balik. Membebel pulak mama aku nanti." Arisya segera menghidupkan motornya apabila Syaha turun dari motornya. Kawan-kawannya itu sepatutnya menerima statusnya itu. Arisya memulas lagi minyak sehingga motornya berdencum laju membelah jalan raya.
               

No comments:

Post a Comment