"Arisya!" suara kuat mama Arisya membuatkan langkahnya yang baru sahaja melangkah masuk terhenti. Arisya menghela nafasnya sebelum berpaling ke belakang menghadap mamanya. Dia hanya diam. 'Kena marah la ni'. Melihat mamanya datang mendekatinya, Arisya menunduk.
"What's wrong with you? Tadi cikgu kamu telefon mama, dia cakap kamu ponteng sekolah. Keluar tanpa minta kebenaran. Apa kena dengan kamu ni Ari? Ari memang nak buat mama sedih kan?" suara mamanya mengendur.
Arisya serba salah. Memang dia keluar dari sekolah tadi dalam pukul 11.00 pagi. Dia tidak menyangka pula cikgunya akan menelefon mamanya. Selepas keluar dari perkarangan sekolah, dia tidak terus pulang ke rumah kerana takut mamanya akan membebel sebaliknya dia hanya meronda-ronda tanpa arah dan hanya pulang setelah jam menunjukkan pukul 3 petang, waktu budak sekolah menengah balik.
"Sorry mama. About that, we talk later. I'm tired. Ari nak mandi dan solat." Arisya naik ke biliknya tanpa menghiraukan panggilan mamanya. Arisya menutup pintu biliknya dan menguncinya. Tubuh langsingnya dibaringkan ke atas katil. Dia memang berasa sangat letih. Letih dengan perangai kakak senior di sekolahnya dan letih dengan perangai mamanya yang asyik mencari salahnya itu. Arisya menutup matanya buat seketika sebelum dia bangun menuju ke kamar mandi untuk membersihkan diri yang sedia lesu dan menunaikan kewajipan yang satu itu kepada Allah Yang Maha Esa.
****************
SUASANA di ruang makan itu sunyi sepi tanpa kedengaran satu suara pun berbicara. Cuma sekali-sekala kedengaran bunyi sudu berlanggaran apabila masing-masing sibuk menghadap makan malam masing-masing.
Arisya hanya senyap menghadap makanannya. Dia apabila boleh makan, semua perkara lain tak akan dipedulikan. Memang seorang yang kuat makan walaupun badannya hanya kurus.
"Papa dengar ada budak tu ponteng sekolah hari ni.." suara papanya Arisya memecah kesunyian antara mereka yang berada di meja makan.
Arisya yang tahu bahawa papanya tuju kepadanya hanya diam membisu. Walaupun dia memang sangat rapat dengan papanya, tidak bermakna dia boleh melanggar arahan papanya seperti anak manja yang lain. Dia sedar itu berpunca dari dirinya sekali. Tapi dia ponteng bersebab. Dia tidak mahu menimbulkan masalah di sekolah barunya itu. Tapi dalam masa yang sama, masalah lain pulak yang muncul. Arisya masih diam sebelum mamanya menyampuk.
"Haah la abang. Budak tu hari tu beria-ria janji taknak buat hal kat sekolah. Alih-alih hari pertama dah langgar peraturan." suara pedas sindiran mamanya membuatkan Arisya berpaling memandang mamanya. Arisya sendiri tidak faham kenapa mamanya itu asyik timbulkan masalah dengannya. Arisya sudah hilang selera makan. Dia meletakkan sudu dan garfu ke dalam pinggan dan bangun berjalan menuju ke biliknya.
"Ari..." suara papanya memanggil tidak dipedulikan. Arisya terus berjalan keluar dari dapur.
"Ari.. papa nak jumpa kat perpustakaan lepas ni." suara arahan papanya hanya disambut dengan laungan yang dia akan ke sana. Arisya masuk ke biliknya dan menyiapkan segala kerja sekolah yang diberi oleh cikgu tadi. Walaupun dia budak bermasalah, tapi kerja sekolah tidak pernah dia tidak siapkan. Sebab itu dia sentiasa mendapat pujian dari gurunya.
Selesai menyiapkan segala tugasan, Arisya menunggu papanya di perpustakaan dirumahnya. Sempat dia membaca buku bertajuk 'Syurga dibawah Telapak Kaki Ibu' . Tajuk yang menyentapkan hatinya. Memang selama ini dia selalu ingkar arahan mamanya menyebabkan hubungannya dan mama menjadi renggang. Oleh itu, segala masalahnya hanya akan diluahkan kepada papanya selain insan yang disayanginya seorang lagi itu. Arisya meletakkan kembali buku itu ke rak apabila papanya melangkah masuk dan duduk di sofa panjang. Arisya turut sama melabuhkan punggungnya di tepi papanya. Arisya hanya diam menanti kata-kata papanya.
"So.. Ari .. do you have an explanation for what had happen today?" suara lembut papa membuatkan Arisya memeluk erat tubuh tegap itu. Papanya memang memahaminya. Walau sebanyak manapun masalah yang dia timbulkan, papanya tidak cepat melatah. Papanya ith pasti bertanya dahulu sebelum menjatuhkan hukuman. Yup! Memang setiap kesalahan yang dia buat, papanya akan beri hukuman. Contohnya, papanya itu akan menarik hidung mancungnya. Hahaha! Memang papanya seorang yang penyayang. Tidak pernah papanya itu memukulnya. Arisya menceritakan semua yang terjadi di sekolah kepada papanya. Papanya hanya diam mendengar.
"Ari tak balas?"
"Tak.. Kan mama dah pesan supaya jangan timbulkan masalah. Tu nasib baik Ari ni baik nak dengar cakap mama." Arisya ketawa terkekeh-kekeh. Sejak bila kau ni baik Arisya oii..
"Perasan!" tangan papanya sudah mula menggeletek pinggan Arisya. Tempat yang paling dia sensitif. Suara ketawa mereka meledak kuat sehingga kedengaran hingga ke luar. Seseorang yang dari tadi mendengar perbualan mereka hanya tersenyum kecil dan berlalu. Anaknya itu memang rela memendam daripada menceritakan masalah dia kepadanya. Salahnya juga kerana dia meminta penjelasan dahulu.
*************
ARISYA terkocoh-kocoh meletakkan motor cabuknya di bawah pokok. Memang dia sengaja memarkir motornya di situ. Senang untuk keluar. Arahan pengawal yang memarahinya hanya bagai angin lalu sahaja. Arisya berjalan tergesa-gesa menuju ke tapak perhimpunan. Mujur sahaja tiada pengawas yang bertugas di hadapan pintu pagar. Kalau tak, memang namanya akan masuk rekod.
Arisya terlewat ke sekolah hari ini kerana terlewat bangun. Ini lah akibatnya kerana asyik berbual dengan papanya hingga jam menunjukkan pukul 2.30 pagi baru dia masuk tidur. Itupun setelah mamanya memanggil papanya supaya masuk ke bilik.
Arisya beratur di belakang budak perempuan yang dari tadi asyik berbual.
"Hai.." suara sapaan itu memaksa Arisya memandang ke sebelahnya. Kelihatan pelajar perempuan seumur dengannya itu tersenyum. Dia tahu budak itu seumur dengannya berdasarkan tag namanya yang berwarna merah, khas untuk pelajar tingkatan 4. Arisya hanya senyum.
"Kau baru pindah kan?" pertanyaan itu hanya dibalas dengan anggukan. Dia tiada mood ingin bercakap memandangkan guru di hadapan sedang berucap. Tapi budak di sebelahnya itu bagai tidak faham akan niatnya.
"Kau dari kelas 4 Sains 1 kan? Kami ni budak kelas sebelah. Kelas 4 Sains 2. Dah lama kami perhatikan kau. Kau ni takde kawan erk?" suara lain pula menyampuk.
"Ooh... dah takde orang nak kawan dengan aku nak buat macam mana." Arisya menjawab ala kadar. Bukan tiada orang yang nak berkawan. Cuma dia yang buat bodoh apabila pelajar lain menegurnya. Dia memang susah hendak berkawan.
"Eleh.. macam kitorang tak tahu ramai yang tegur kau, cuma kau yang sombong." suara lain pula yang menjawab.
"Aku belum sesuaikan diri kat sekolah ni. Sorang pun aku tak kenal." Arisya mula melayan perbualan mereka. Sudah tidak menghiraukan cikgu yang berucap di atas pentas.
"Kitorang memang nak kawan dengan kau. Kau sudi ke tak?"
Arisya mengangguk. Mereka saling berkenalan. Semuanya ada empat orang. Tiz.. Syasya.. Zack dan Pija. Semuanya perempuan. Mereka memang masuk geng. Asyik bercerita sehinggakan mereka ditegur oleh pengawas apabila suara mereka ketawa mengganggu pelajar lain. Arisya tersenyum senang.
No comments:
Post a Comment