Pagi itu, Arisya membawa motor cabuknya seperti biasa ke sekolah. Dia masih memakir motornya di bawah pokok dalam kawasan perkarangan sekolah. Dia malas memarkir motornya di tempat parkir sekolah kerana kawasan itu mesti sesak dengan pelajar apabila waktu pulang sekolah. Arisya tidak suka akan kesesakan dan dia juga malas menunggu.
Arisya berjalan tenang di sepanjang koridor sekolah. Dia menilik jam tangannya. Baru pukul 7.10 pagi. Masih awal sebelum waktu pembelajaran bermula. Sejak berpindah ke sini, Arisya lebih suka datang awal. Tidak seperti di sekolah lama. Jika jam belum menujukkan pukul 8 pagi, jangan harap mukanya kelihatan di sekolah. Buat sekolah tu macam sekolah bapak dia! Tapi....
Arisya berjalan menuju ke tangga untuk naik ke kelasnya yang berada di tingkat tiga. Belum sampai ke tingkat dua, Arisya mendongak kepalanya apabila melihat sepasang kasut hitam berkilat di hadapannya.
Kelihatan seorang lelaki berambut ceracak sedang merenungnya tajam. Raut wajahnya menunjukkan dia kacukan Pakistan. Tokseh! Arisya memang tidak berminat dengan lelaki kacukan. Dia lebih suka Melayu tulen.
Arisya berjalan naik tanpa mengesyak apa-apa. Tapi lelaki itu menghadang laluannya. Arisya memandang wajah itu. 'Apehal dengan dia ni? Tukang kutip tol ke apa?' Waktu itu memang tiada pelajar lain lalu-lalang. Almaklumlah masa masih tinggal 20 minit lagi sebelum waktu pnp bermula.
"Tepi! Aku nak lalu," ucap Arisya tegang. Pagi-pagi macam ni pun sudah ada malaun yang hendak mencari pasal dengannya. 'Memang sekolah ni pelajar-pelajar dia tak reti bahasa eh?' dengus Arisya dalam hati.
Lelaki itu tidak menghiraukan kata-katanya sebaliknya dia turun satu anak tangga mendekati Arisya.
Arisya hanya berlagak biasa.
"Kau Ari kan? Budak yang tunjuk berani dekat kantin hari tu. Siapa benarkan kau tolak awek aku? Siapa bagi kau kebenaran hah?!" suara Amran bergema di kawasan itu.
"Lah.. Kau balak dia rupanya. Wei der! Kau kasi tahu awek kau tu, kalau aku tak cari pasal dengan dia, jangan dia berani-berani nak cuit aku," balas Arisya berani.
Amran ketawa kuat. Berani perempuan ni cakap macam tu kat dia? Dia ni ahli kumpulan yang digeruni di sekolah ni. Sebelum ni mana ada orang yang berani balas kata-katanya.
"Berani kau balas cakap aku eh? Kau belum kenal siapa aku. Sebelum kau menyesal, baik kau pergi mintak maaf dengan awek aku. Kalau tak..." kata-katanya terhenti di situ. Amran memberi pandangan atas bawah sambil membuat muka gatal.
Arisya tersenyum sinis. Ugutan yang biasa dia dengar. Kalau nak mampus, beranilah sentuh dia.
"Kalau setakat kau, aku tak goyang lah. Cubalah kalau kau berani buat," cabar Arisya.
Nafas Amran sudah naik turun menahan bengang. Dia mendekati Arisya. Belum sempat tangannya mendarat di pipi perempuan itu, terasa tangannya dipegang kemas. Amran terpanar. Dia berpaling.
"Kalau kau berkasar dengan pompuan lagi, kau out dari kumpulan kita," kata Tengku Syazril Arfan tegas. Dia memang tidak suka jika lelaki berkasar dengan perempuan. Kalau nak bergaduh pun, biar sama lah saingan tu. Lelaki dengan lelaki. Perempuan dengan perempuan. Tengku Syazril Arfan mengalihkan pandangannya ke perempuan di hadapannya itu yang sedang memandangnya.
'Cantik!' detik hati Tengku Syazril Arfan. Memang cantik dengan mata bundarnya yang besar. Hidung mancung kecil ditambah pula dengan bibir merah merekahnya. Alis matanya tebal dipadankan dengan bulu mata yang lentik. Tengku Syazril Arfan menggeleng-geleng. Boleh pula dia menilik kecantikan perempuan itu.
"Dan kau perempuan, jangan nak tunjuk berlagak dekat sini. Ingat sikit kau tu perempuan. Jangan sampai lelaki rosakkan kau dengan perangai berlagak berani kau tu," kata Tengku Syazril Arfan pedas.
Tanpa mempedulikan perempuan itu yang membulatkan matanya itu, dia menarik tangan Amran supaya beredar dari situ.
Arisya menjeling tajam ke arah lelaki yang menegurnya sinis tadi. 'Cis! Tak guna punya jantan! Berani dia cakap macam tu. Kawan kau yang gila! Tunjuk berani depan aku!' bentak Arisya. Dia menghentak-hentakkan kakinya sambil berjalan masuk ke dalam kelas. Arisya menyimpan dendam. Dia akan membalas dendam! Arisya tersenyum jahat. Hahahaha!
************
Waktu rehat itu, Arisya tidam keluar rehat. Dia mengajak Izni lepak dekat hujung koridor sambil menghadap padang. Hari ini, merek hanya menikmati sandwich dan jus oren yang dibawa Arisya dari rumah.
Izni pula sudah semakin selesa berkawan dengan Arisya. Walaupun kata-katanya kasar, Arisya seorang yang baik hati. Sejak Arisya berpindah ke sini sebulan yang lepas, Arisya tidak pernah tidak membelanjanya makan. Kadang-kadang dia segan jugak tapi bila Arisya berkata yang mereka akan putus kawan jika menolak pemberiannya, Izni hanya menerima segala hadiah daripada Arisya. Sudah banyak juga baju yang Arisya hadiahkan padanya. Semuanya nampak mahal. Tapi yang Izni pelik, Arisya dapat duit dari mana? Dengan pakaiannya yang biasa-biasa dan motor Ex5 yang selalu dibawa ke sekolah, tidak mungkin Arisya anak orang kaya. Pemakaiannya hanya biasa-biasa. Sebelum ini terdetik juga dalam hatinya ingin bertanya hal tersebut, tapi memikirkan takut Arisya segan dia hanya mematikan niatnya itu.
"Kau kenal mamat tu, Izni?" suara Arisya mematikan lamunan Izni.
"Hah? Yang mana?"
"Alah mamat yang pegang gitar dekat padang tu." Arisya memuncungkan mulutnya mengarah ke padang. Kelihatan enam pelajar lelaki sedang lepak sambil memetik gitar. Arisya hanya kenal dua orang daripada mereka. Lelaki yang memberi amaran kepadanya dan lelaki yang menyindirnya dua minggu lepas.
Izni memalingkan mukanya ke arah padang.
"Ooh.. Tu Geng Enam Jahanam."
"Enam Jahanam?" Arisya membuat muka pelik. Peliknya nama kumpulan diorang.
"Haah. Enam Jahanam. Kumpulan yang paling digeruni di sekolah ni. Ketua dia tu yang main gitar warna merah tu."
Arisya mengecilkan matanya melihat orang itu. Eh! Dia ni! Budak lelaki tu lah yanh mengeluarkan kata-kata sinis kepadanya.
"Nama apa dia tu?" Arisya mula berminat untuk mengambil tahu.
"Tengku Syazril Arfan Tan Sri Tengku Muiz. Ayah dia ni banyak menyumbang dana ke sekolah kita. Sebab tu diorang bebas je buat apa yang mereka suka. Cikgu pun tak berani nak tegur. Anak orang berpengaruh." Izni menerang.
"Ohhhhhhhh.." mulut Arisya memuncung apabila menyebut perkataan itu. Dia masih memandang ke arah lelaki yang bernama Tengku Syazril Arfan itu. Entah macam mana, tiba-tiba pandangan mereka bertemu lama apabila lelaki itu tiba-tiba memalingkan mukanya ke Arisya. Jantung Arisya berdegup kencang. Kenapa dengan aku ni? Arisya dengan pantas mengalihkan pandangannya. Arisya memegang dada kirinya. Terasa jantungnya berdegup laju. Tanpa menunggu lagi, Arisya mengajak Izni masuk ke dalan kelas apabila loceng tamat rehat berbunyi. Arisya cuba menghalau rasa yang bertamu di hatinya itu.
******
No comments:
Post a Comment