Sunday, 15 November 2015

          Seorang gadis berbaju kurung putih, memakai tudung warna yang sama dan kain berwarna biru muda itu berjalan tenang di sepanjang koridor sekolah sambil menyandang beg sandang berwarna merah. Gadis itu terpaling-paling mencari kelasnya. Dia budak tingkatan 4 yang baru berpindah masuk ke sekolah itu. Hari ini dia akan belajar di dalam kelas setelah selesai urusan perpindahannya ke sekolah ini.
          Arisya teringat balik kata-kata guru tadi.
          "Kamu dah boleh masuk ke kelas harini. Jaga prestasi kamu kat sekolah ini ye. Kelas kamu kat blok belakang. Kelas 4 sains 1. Kamu tanya je budak-budak kat situ," pesan cikgu Sopiah.
          Arisya berpaling ke belakang apabila mendengar suara perempuan ketawa dengan kuat. 'Hish minah-minah ni! Gelak macam puntianak!' Tanpa mempedulikan mereka, Arisya menahan seorang budak lelaki yang kebetulan berjalan melepasinya.
          "Kejap-kejap.. Emm kau kenal kelas 4 Sains 1 kat mana?" terus Arisya ke pangkal tanpa berdalih.
          "Hah? Oh... Awak jalan depan sana lepas tu kelas yang paling hujung tu kelas 4 Sains 1," terang budak lelaki itu panjang lebar.
          Arisya sempat berterima kasih sebelum berjalan terus ke hadapan. Tapi tanpa diduga, kumpulan yang membuat bising tadi cepat-cepat menghadang laluannya. Arisya mengeluh. 'Apa la monyet-monyet ni nak?' Arisya mengangkat keningnya.
          Budak perempuan bertocang kuda itu menolak kasar bahunya. Arisya menahan marah. Arisya tidak mempedulikan mereka malah dengan selamba dia melanggar bahu perempuan itu dengan kuat sehingga perempuan itu jatuh terduduk. Arisya berjalan masuk ke dalam kelas tanpa mempedulikan suara pekikan mereka yang memaki hamunnya. 'Lantak kau lah labu'. Arisya ketawa kecil sambil menghampiri guru yang sedang mengajar dalam kelas itu.
          "Cikgu," sapa Arisya.
          "Ye ada apa?" tanya guru lelaki itu. Masih muda, dalam 25 tahun atau lebih. Tinggi, pakai cermin mata bikar besar membuatkan dia nampak segak dan mengancam.
          "Saya budak yang baru pindah ke sini. Cikgu Sopiah suruh saya masuk kelas ni."
          "Okey.. kelas. Ni budak baru yang akan jadi kawan sekelas kamu mulai hari ini. Perkenalkan nama kamu," suruh cikgu itu kepada Arisya.
          "Emm.. hai.. Nama aku Syazia Arisya Azmi. Korang boleh panggil Ari je." Syazia hanya bercakap selamba.
          Kedengaran suara-suara kecil berbicara tentangnya. Tidak lupa suara kecil yang mula mengumpat tentangnya di bahagian paling belakang kelas. Suara bising itu kembali senyap apabila suara cikgu muda itu menyuruh semua diam.
           "Okey Ari. Kamu boleh duduk kat tempat kamu. Sebelah Izni ada tempat kosong. Belakang sekali dekat pintu belakang kelas." cikgu yang memakai tag nama 'Muhammad Hisham' itu segera menunjukkan tempat duduk Arisya.
          Arisya bergerak menuju ke tempat seperti yang diberitahu cikgunya itu dan melabuhkan punggungnya ke kerusi kayu itu.
          "Hai.." sapa Arisya sekadar memulakan bicara tapi budak perempuan disebelahnya itu hanya mengangguk dan menumpukan perhatian di hadapan. Arisya menjeling sekilas dam mula membuka buku teksnya.

                    **************

          Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah bermula. Arisya menutup buku teks dan notanya. Arisya berpaling memandang budak perempuan disebelahnya itu. Arisya pelik. 'Apesal budak ni tak keluar? Taknak rehat ke?' Arisya melihat rakan sekelasnya yang lain sudah keluar rehat cuma dia dan budak sebelahnya itu sahaja yang masih bertapa di dalam kelas.
          "Kau taknak rehat ke? Masa rehat dah mula ni. Kejap lagi cikgu masuk pulak," tanya Arisya.
          "Err.. takpelah. Awak pergi lah rehat. Saya taknak rehat," jawab budak yang memakai tag nama 'Izni Athirah' di tudungnya itu.
           Arisya menilik penampilan Izni. Pakaian lusuh dan beg sekolah yang terkoyak sedikit. 'Anak orang susah kot.. berdasarkan penampilan dia' Arisya jatuh simpati.
          "Kau takde duit ke nak beli makanan?"
         Melihat Izni hanya diam dan menundukkan kepala, Arisya menarik tangan Izni menuju ke kantin sekolah.
          "Saya takde duit lah nak beli makanan." Izni berkata jujur. Ya! Memang dia tidak mampu. Ayahnya hanya bekerja sebagai buruh dan ibunya pula hanya mengambil upah mengasuh anak-anak jirannya. Dengan gaji ibu bapanya yang cukup-cukup untuk perbelanjaan harian dan untuk membiayai perbelanjaan sekolahnya dan adik-adiknya, dia hanya mampu melihat kawan-kawannya menjamu selera apabila tiba waktu rehat. Malah, dia memang disisihkan kerana dia asal daripada keluarga yang miskin. Cuma beberapa orang sahaja yang sudi berkawan dengannya itupun dari kelas lain.
          "Takpe. Mulai hari ini, aku belanja kau," ucap Arisya ikhlas sambil menarik tangan Izni beratur untuk membeli makanan. Selesai membeli dua pinggan mee goreng dan dua gelas air teh sejuk, mereka duduk di tempat kosong. Waktu rehat macam ini memang kantin sesak dengan budak-budak sekolah. Itu pun nasib mereka baik kerana masih ada lagi tempat kosong. Belum sampai dua suap Arisya melantak mee gorengnya, tiba-tiba ada sepasang tangan menepuk kuat mejanya sehingga mendapat perhatian pelajar lain. Arisya hanya membuat bodoh sahaja tetapi apabila terasa seseorang melabuhkan punggung ditepinya, Arisya menoleh. Serentak itu juga pipinya terasa pedih ditampar pelajar perempuan itu. Arisya mengetap gigi sambil menggenggam erat tangannnya. 'Cool.. cool Ari.. Ni first day kau kat sini jadi jangan cuba timbulkan masalah.' Arisya teringat pesanan mamanya yang melarang dia timbulkan masalah di sekolah baru. Demi menjaga hati mamanya, Arisya hanya sabar dan menyuap kembali mee gorengnya  laju ke dalam mulut. Dia mahu cepat-cepat beredar sebelum perangai setannya kembali.
          Dulu di sekolah lama, dia terkenal dengan geng-geng sekepalanya yang suka mencari gaduh. Bukan saja-saja mereka mencari gaduh tapi sengaja menimbulkan perbalahan antara kumpulannya dengan kumpulan musuh nombor satunya, The Babies. Nama entah apa-apa. Selalunya dia dan geng-gengnya mengejek dengan memanggil mereka The Babis. Nah! Tapi tak sememangnya mereka jahat. Buktinya dia dan gengnya menjadi buah mulut pelajar lain dan antara pelajar kesayangan guru-guru kerana kecermerlangan mereka dalam pelajaran dan sukan. Kira Arisya dan kawan-kawannya itu atlet terkenal di sekolahnya.
          Mee goreng dalam pinggan Arisya tidak sempat habis apabila pelajar gedik tadi menarik pinggannya dan mencurah mee goreng yang lazat itu ke atas kepalanya. Darah Arisya mendidih. Dia mengepal penumbuknya sebelum dia bangun dan menarik kasar baju perempuan gedik itu. Dengan nafas tertahan-tahan akibat perasaan bengang yang melampau, Arisya bersuara keras.
           "Aku tak kacau kau pun jadi apa motif kau nak kacau aku? Better you stay away from me sebelum perkara buruk terjadi kat kau."Arisya menolak budak gedik itu sehingga pelajar itu jatuh terduduk sebelum dia berjalan keluar dari kantin sambil menyapu sisa-sisa mee goreng di atas kepalanya.
          Arisya menuju ke motor cabuknya yang diparkir dibawah pokok dan menghidupkan motornya keluar dari perkarangan sekolah. Memang ini kebiasaan perangai Arisya dulu. Suka keluar masuk tanpa menghiraukan amaran guru disiplin yang acap kali memarahinya. Tapi guru itu tidak dapat melakukan apa-apa tindakan atas sebab-sebab tertentu.
       
       



No comments:

Post a Comment