Monday, 21 December 2015

Majlis resepsi berlangsung di Hotel Jaya. Arisya tahu yang hotel itu diiktiraf seminggu sebelum majlis akad nikahnya.
          Habis segala acara pada malam itu, mereka disuruh posing pelbagai gaya. Arisya menolak kerana setiap gaya memerlukannya supaya berada dekat dengan suaminya tetapi setelah dipujuk mak mertuanya, Arisya mengalah. Dia dengan terpaksa memeluk tubuh sasa Tengku Syazril Arfan apabila photographer  menyuruhnya berbuat demikian. Arisya mengetapkan giginya.
          "Banyak songeh betullah sotong ni. Aku masak dengan kicap baru tahu," kutuk Arisya perlahan.
          Tengku Syazril Arfan tergelak kecil. Mulut isterinya itu memang tak boleh dikawal. Suka bercakap ikut suka.
          "Tak baik lah sayang cakap macam tu. Bukan dia nak jadi macam tu," tegur Tengku Syazril Arfan lembut. Walau macam mana sekalipun, tugas dia sekarang untuk membimbing Arisya. Isterinya hanya diam dan terus turun dari pentas apabila acara bergambar selesai. Tengku Syazril Arfan melihat isterinya itu sedang berbual-bual dengan kawan-kawannya. Arisya memang seorang yang peramah. Sebab itulah isterinya itu mempunyai rakan yang banyak. Tengku Syazril Arfan tidak tunggu lama, dia terus menyertai Arisya yang sedang rancak berbual dan ketawa.
          "Hai.." Tengku Syazril Arfan menyapa.
          Along, Syaha dan Oppie hanya tersenyum. Mula senang dengan sikap Tengku Syazril Arfan yang peramah seperti Arisya. Mereka tidak pernah berbalah jadi kenapa mesti mereka menunjukkan wajah masam apabila Tengku Syazril Arfan menyapa.
          "Nampak sepadan sangat korang ni," puji Oppie.
          "Haah lah. Isya ni jodoh saya. In sha Allah." Tengku Syazril Arfan menjawab.
          "Isya?" serentak Along, Syaha dan Oppie bersuara. Mereka mengerutkan dahi.
          "Yelah. Kenapa?"
          "Takdelah. Biasanya kitorang panggil Ari." Syaha menjawab.
          "Memang pun. Dengar macam pelik je." Oppie menyampuk.
          "Hish korang ni. Dah diorang ni laki bini, suka hati diorang lah nak panggil apa pun. Korang nak panggil aku abang pun boleh." Along tergelak besar apabila melihat Syaha dan Oppie membuat muka menyampah.
          "Hahaha.. Tak syok lah panggil Ari je. Dah biasa. Isya baru best. Kan sayang?" Tengku Syazril Arfan berpaling memandang Arisya yang hanya diam sejak tadi. Aik, tadi bukan main rancak berbual sekarang diam pulak. Tengku Syazril Arfan tidak berani memeluk pinggang Arisya kerana takut Arisya mengamuk. Dia tahu yang isterinya berani melawannya di hadapan semua kawan baiknya itu kerana mereka sudah tahu status perkahwinan mereka. Arisya berkahwin dengannya hanya atas kehendak mamanya Arisya.
           Mereka terus berbual lama sebelum Tengku Syazril Arfan menyuruh mereka menikmati hidangan yang disediakan. Arisya pula hanya menyampuk kadang-kadang apabila gurauan Tengku Syazril Arfan melampau.
          Selesai majlis itu, Tengku Syazril Arfan dan Arisya terus menaiki kereta Estima milik daddy dan menuju ke mahligai ibu bapa Tengku Syazril Arfan. Sampai di perkarangan rumah keluarga Tengku Syazril Arfan, Arisya terjengul-jengul melihat suasana perumahan mewah itu yang terletak di Bukit Kiara. Rumah-rumah di situ semuanya kelihatan seperti istana yang dibina mewah dengan pelbagai jenis rekaan.
          Sampai di pintu utama banglo empat tingkat milik keluarga mentuanya itu yang kelihatan seperti gerbang, Arisya terpegun. Pintu yang besarnya empat kali ganda darinya itu sangat mengagumkan. Pintunya diukir halus yang sangat menarik. Arisya tidak pasti ukiran apa tapi memang cantik lah!
          Masuk je dalam banglo mewah itu, Arisya sekali lagi terpegun. Tema yang sangat cantik. Hitam dan putih. Arisya sangka banglo itu bertemakan warna emas yang menunjukkan kemewahan tapi ini berwarna yang agak berbeza. Mesti pereka dalaman yang begitu fasih dan terkenal kerana berjaya mewujudkan suasana yang ringkas tetapi elegan. Semuanya barang mewah dan berkaca.
          "Cantiknya mummy." Arisya berpaling memandang wanita jelita itu.
          "Takdelah. Jom mummy tunjukkan bilik. Mereka menaiki lif yang terletak di sebelah kiri dari pintu utama. Arisya sempat melihat pantulan Tengku Syazri Arfan di sebalik cermin yang terpapar di tepinya. Tengku Syazril Arfan hanya melihat ke hadapan sebelum dia keluar dari lif sambil menjinjit beg milik dia dan lelaki itu.
          Sampai di pintu bilik yang terukir dengan nama penuh suaminya, Arisya terus menolak pintu tersebut membantu suaminya yang tangannya penuh dengan beg mereka.
          "Pintu pun ukir nama ke?" Arisya bersuara perlahan.
          "Bukan abang nak tapi mama yang paksa." Tengku Syazril Arfan membuka zip bagasi Arisya. Belun sempat dia membukanya, Arisya terlebih dahulu melarangnya.
          "Jangan! Biar saya je yang kemas." Arisya tidak sanggup membiarkan suaminya mengemas bajunya. Dia takut 'sotong keringnya' akan menjadi tatapan mata hitam pekat Tengku Syazril Arfan.
         Tengku Syazril Arfan hanya membiarkan dan dia terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
          "Isya.. Sini kejap." Puan Sri Diana memanggil menantunya.
          Arisya hanya mengikut dan melabuhkan duduk di tepi mentuanya itu.
          "Isya masih tak biasa dengan Aril ke?" Puan Sri Diana bertanya terus ke hujung pangkal.
          "Err.. Bukan macam tu. Isya cuma perlukan lebih masa." Arisya menunduk.
          "Its okay. Take your time. Mummy dulu pun macam tu jugak. Mummy kahwin dengan daddy sebab keluarga. Mulanya mummy tak dapat terima daddy dalam hidup mummy tapi lama-lama nak berpisah sebentar pun tak boleh."
          Arisya hanya mendengar celoteh mummy yang asyik bercerita. Sesekali dia menyampuk mengatakan yang mereka sangat romantik!
          "Ada satu benda mummy nak cakap. Aril tu nampak je macam tu tapi one thing you should know, never make him feel unhappy with you. Aril tu susah orang nak faham dia. Kalau dia nak sesuatu dia akan usaha sampai dapat dan mummy harap Isya tak buat perangai yang boleh mencabar kesabaran dia ye sayang. Mummy tahu yang Isya masih tak dapat terima apa yang telah berlaku dulu. Mummy mintak tolong sangat dengan Isya supaya belajar terima Aril. I know that Aril loves you so much dan mama harap Isya pun macam tu jugak."
          "In sha Allah. Isya akan cuba." Arisya hanya mampu berkara begitu kerana dia belum pasti dengan perasaannya. Walaupun dia sudah terima Tengku Syazril Arfan dalam hidupnya tapi dia masih tidak dapat melupakan kesilapan lelaki itu.
          Arisya hanya melihat mummy yang sudah keluar dari bilik. Kata-kata mummy terngiang di telinganya. Arisya menghela nafas berat.
          "Mengelamun nampak."
          Arisya berpaling. Dia terjerit kecil sambil menutup matanya apabila melihat suaminya itu berdiri dekat dengannya hanya melilit tuala putih di pinggang.
         "Kenapa tutup mata? Malu?" Tengku Syazril Arfan sengaja mendekatkan lagi dirinya dengan Arisya.
          "Wear your clothes Tengku Syazril Arfan!" Arisya menolak badan Tengku Syazril Arfan yang mendekatinya sambil matanya terus dipejam.
          "Ala.. Suami awak jugak. Aurat abang dah halal untuk sayang. Bukaklah mata tu."
          "Tengku Syazril Arfan Tan Sri Tengku Muiz!"
          Mendengar suara tegas Arisya yang menyebut nama penuhnya, dia terus berlalu ke dalam bilik wardrobe nya.
         Arisya membuka mata apabila merasakan lelaki itu sudah pergi. Dia memegang dadanya yang terasa jantungnya bergerak laju. Nafasnya semput melihat badan suaminya yang sasa dan mempunyai sixpack. Fuhh! Arisya melepaskan nafas lega apabila melihat Tengku Syazril Arfan keluar dari bilik pakaiannya dengan baju T tanpa lengan berwarna hitam dengan seluar tiga suku.
          Arisya memboloskan diri ke dalam bilik air.
          Selesai mandi, Arisya tercari-cari baju persalinannya. Bajunya itu sudah dimasukkan ke dalam mesin basuh. Aduhh! Serentak Arisya menepuk dahinya. Dia lupa untuk membawa masuk bajunya. Arisya melilit tuala merah darah ikan ke badannya. Hanya bahagian dada hingga paras paha sahaja yang dapat ditutup. Dia terpaksa meminta pertolongan suaminya.
          "Err.. Aril." Arisya memanggil suaminya yang sedang enak berbaring di atas sofa. Suaminya itu berpaling.
          "Kenapa?"
          "Err.. Tolong ambilkan pakaian saya kejap." Arisya hanya mengeluarkan kepalanya dari celah pintu yang dibuka sedikit.
          "Kenapa pulak? Keluar ajelah sayang." Tengku Syazril Arfan menghampiri isterinya. Dia sudah tersengih kerana dia tahu yang Arisya lupa untuk membawa pakainnya masuk.
          "Hishh.. Tak nak tolong sudah." Arisya sudah kesejukan. Dia ingin menutup pintu tapi sempat dihalang oleh tangan sasa suaminya.
          "Okey.. Okey. Tapi dengan satu syarat. Taknak pakai dah tudung dalam bilik eh? Baju mana ni nak pakai?" Tengku Syazril Arfan terus mencari pakaian isterinya di dalam bagasi.
           "Ambik jelah yang mana-mana pun."
           Tengku Syazril Arfan menghulur baju tidur dan pakaian dalam kepada Arisya. Isterinya itu menyambut dengan muka merah padam sebelum menutup pintu bilik air dengan sedikit kuat.
           Tengku Syazril Arfan tersengih. Pasti isterinya malu. Tengku Syazril Arfan berpaling apabila mendengar pintu bilik air dibuka. Belum sempag dia ingin mengusik Arisya, isterinya itu keluar dengan memakai baju tidur merah menyala sambil mengesat rambutnya yang basah. Tengku Syazril Arfan menelan liur melihat rambut lurus Arisya yang panjang hingga melepasi pingganh. Arisya nampak sangat menawan apabila melepaskan rambutnya. Naluri kelakiannya semakin kuat terasa. Dia menghampiri isterinya.
          "Cantiknya isteri abang ni. Dulu rambut sayang paras bahu je, sekarang dah panjang. Cantik sangat," puji Tengku Syazril Arfan sambil mengelus lembut rambut panjang halus milik Arisya. Isterinya itu menepis.
         "Awak ni dah kenapa?" Arisya berlalu ke meja solek sebelum dia menyapu losyen di tengkuk dan betis putihnya.
         Tengku Syazril Arfan memandang isterinya tanpa berkelip. Arisya memang menggoda.
          Arisya tidak mempedulikan pandangan suaminya. Dia mengambil bantal dan terus merebahkan diri ke atas sofa lembut.
         "Bangun." Tengku Syazril Arfan menarik tangan Arisya menuju ke atas katil. Dia merebahkan dirinya dan Arisya dan terus memeluk isterinya itu di atas katil.
          Arisya meronta. Dia taknak!
          "Syy... Abang tak akan buat apa-apa. Abang cuma nak Isya tidur bersama dengan abang mulai hari ni and you must obey my words kalau taknak abang buat sesuatu pada Isya. Jangan risau. Abng takkan ambil hak abang kalau Isya masih tak bersedia." Tengku Syazril Arfan terus memeluk tubuh lembut isterinya yanv sudah berhenti meronta. Akhirnya mereka sama-sama tertidur dan tanpa sedar, Arisya membalas pelukannya. Tengku Syazril Arfan tersenyum.
       












No comments:

Post a Comment