Sunday, 20 December 2015

ARISYA hanya diam apabila Tengku Syazril Arfan duduk di tepinya. Macam takde tempat lain dekat meja makan ni, kat tepi aku jugak dia nak duduk, dengus hati Arisya. Arisya sambung menyapu jem di rotinya. Dia memang lebih suka bersarapan roti daripada makanan berat pada waktu pagi.
          "Sayang.." Tengku Syazril Arfan menghulurkan pinggannya pada Arisya. Dia harus mengambil peluang ini sebaiknya. Dia hanya boleh bermanja dengan isterinya apabila berada di hadapan keluarga mereka. Kalau tak, jangan haraplah!
          Arisya menjongketkan keningnya sebelah. Apehal mamat ni hulur pinggan dekat aku. Arisya dengan selamba mengambil pinggan itu dan meletakkannya di tepi pinggan berisi rotinya.
          Tengku Syazril Arfan tergelak kecil. Isterinya memang comel!
          "Apa pulak kamu ni Ari. Suami kamu hulur pinggan tu suruh cedokkan nasi. Kamu pulak selamba badak sambut pastu letak balik." Mak Ucu, adik kepada mama menegur.
          Muka Arisya merah padam. Dia ingatkan suaminya itu hendak buat apa tapi minta dia sendokkan nasi rupanya. Arisya membeliakkan matanya ke arah Tengku Syazril Arfan sebelum dia mencedokkan seberapa banyak nasi ke dalam pinggan itu dan diletakkan sebiji telur goreng dan dipicit sedikit sos cili. Arisya sempat menaburkan sedikit lada hitam. Padam muka!
          Arisya menghulurkan pinggan itu kepada suaminya dengan senyuman sinis. Senyumannya mati apabila lelaki itu tersenyum menyambutnya sambil mengucapkan terima kasih. Yang menyakitkan hatinya, lelaki itu selamba badak makan sambil menunjukkan aksi makan yang terlampau.
          Arisya menghabiskan baki rotinya dengan rakus sebelum dia meminta diri ke atas. Dia ingin bersiap-siap. Sekejap lagi dia mahu keluar.
          Siap menyembur minyak wangi jenama chanel N°5 nya. Arisya mencapai handbag berwarna coklat mudanya setelah memastikan penampilan kemas.
          Belum sempat Arisya mencapai tombol pintu, pintu bilik dibuka dari luar. Tersembul wajah suaminya yang berpakaian ringkas dengan T-shirt hitam berleher bulat dan seluar trek kelabu.
          "Cantik-cantik ni nak pergi mana?" Tengku Syazril Arfan menilik seluruh tubuh Arisya yang nampak menarik apabila berpakaian ringkas tapi elegan itu. Dengan blause hijau muda dan skirt labuh beralun warna hijau turqoise, Arisya namapak cantik sekali. Tambah-tambah Arisya melilitkan selendang coklat dikepalanya.
          Setakat ini, Tengku Syazril Arfan belum pernah melihat rambut Arisya. Isterinya itu sepanjang masa mengenakan tudung termasuk semasa tidur. Tengku Syazril Arfan tahu yang isterinya itu tidak sudi membiarkan dia menatap mahkota wanita isterinya itu.
          "Abang tanya ni, Isya nak pergi mana?" Tengku Syazril Arfan mengulangi soalannya apabila isterinya itu tidak menjawab.
          "Nak keluar lah." Arisya menjawab malas. Sibuk!
          "Nak pergi dengan siapa? Kat mana?"
          "Dengan kawan. Kenapa semua benda nak ambik tahu ni? Takde kaitan dengan awak pun!" Arisya sudah melenting.
          "Okey.. Okey. Pergilah. Abang izinkan. Tapi jangan balik lewat sangat." Tengku Syazril Arfan mengalah. Isterinya itu mudah sangat melenting. Belum sampai dua hari dia tinggal sebumbung dengan Arisya, kesabarannya adakalanya tidak dapat bertahan lagi. Tapi dia kuatkan hati kerana dia tidak mahu menyakiti hati isterinya lagi. Lama-lama marah itu akan reda sendiri. Tengku Syazril Arfan hanya melihat isterinya yang sudah hilang di sebalik pintu.
          Tengku Syazril Arfan kemudiannya merebahkan badan sasanya ke atas katil. Dia menggeliat menikmati kelembutan tilam yang seakan sedang mengurut badannya yang lenguh akibat tidur di atas lantai. Tidak lama dia merasai kesedapan itu apabila kakinya yang terjolor ke bawah terasa ditolak. Tengku Syazril Arfan mencelikkan matanya. Jelas raut wajah Arisya yang masam.
          "Aik. Ni kenapa pulak? Kan abang dah izinkan?" Tengku Syazril Arfan mengerutkan dahinya. Takkan isterinya itu berpatah balik semata-mata ingin bersalam dengannya. Kalau macam tu, dia sangatlah sudi menghulurkan tangannya.
          Arisya mendengus. Tadi sewaktu dia melalui mamanya, mamanya itu menyoalnya. Dia cakap yang dia mahu keluar kerana ada urusan. Tapi mamanya itu hanya membenarkan dia keluar bersama dengan Tengku Syazril Arfan. Terpaksa dia mengangkut sekali lelaki ini. Spoil mood betullah.
          "Siap cepat! Nak keluar," ujar Arisya sebelum berlalu ke sofa dan duduk di situ.
          Tengku Syazril Arfan tersengih. Ni mesti mama tak benarkan Arisya keluar tanpanya. Kamsahamnida mama! Tengku Syazril Arfan segera bangkit dan bersiap ala kadar. Dia mengenakan baju Polo warna sama seperti baju Arisya dan memakai seluar jeans hitam. Sempat dia menyemburkan wangian jenama Boss sebelum dia mencapai tangan Arisya menuruni tangga. Isterinya itu meronta tetapi Tengku Syazril Arfan hanya buat bodoh dan terus berjalan melepasi mama selepas bersalam dengan mama mertuanya itu.
          Keluar sahaja dari pintu rumah, Arisya merentap kuat tangannya. Pegangan Tengku Syazril Arfan terlepas. Tengku Syazril Arfan hanya menjongketkan bahunya. Dia menekan punat kereta BMW 6 Series hitam berkilatnya.
          Arisya menonong menuju ke kereta Honda Citynya. Belum sempat dia membuka pintu kereta, kunci kereta di tangannya dirampas. Arisya berpaling.
          "Give me back!" Arisya mengetap kuat bibirnya. Lelaki itu tidak habis-habis menyakiti hatinya. Mentang-mentang mamanya berpihak pada lelaki itu.
          "Naik dengan abang. Jom." Tengku Syazril Arfan menarik lengan Arisya tapi pantas direngkuh.
          "Taknak! Bagi balik kunci tu." Arisya cuba merampas kunci keretanya tetapi suaminya lebih pantas mengangkat tinggi kunci itu. Berkali-kali Arisya mencuba tetapi tidak berjaya. Maklumlah dia dengan lelaki itu hanya separas bahu sahaja. Akhirnya dia mengalah. Arisya memeluk tubuh.
          "Dah. Tak payah buat muka macam tu. Naik dengan abang kalau tak, jangan harap Isya boleh keluar." Tengku Syaril Arfan mengugut. Isterinya itu memang tidak makan saman. Kalau tak diugut, jangan harap Arisya akan mengikut katanya.
          Arisya menolak badan lelaki itu dan terus memboloskan diri ke dalam kereta mewah itu. Dia sengaja menghempas kuat pintu kereta sehingga berdentum bunyinya.
          "Pintu tu tak bersalah pun sayang. Kesian dia," ujar Tengku Syazril Arfan sambil mengundur keretanya dan terus memandunya laju ke destinasi yang dituju tanpa menghiraukan isterinya yang menarik muka masam sambil menghadapkan muka ke luar.



                    **********************






ARISYA melangkah masuk ke dalam Secret Recepi. Dia terus memesan sebiji kek keju dan coklat moise. Sudah lama dia kempunan tapi tiada masa untuk menikmatinya. Arisya menunggu di meja sambil menunggu pesanannya dibungkus. Dia tidak mempedulikan Tengku Syazril Arfan yang duduk bertentangan dengannya. Lantak lah!
          "Isya nak makan kat sini ke?" Tengku Syazril Arfan memandang tetap wajah cantik isterinya yang dari tadi tidak menghiraukannya. Tengku Syazril Arfan geram apabila isterinya itu hanya diam.
          Arisya pantas bangkit untuk membayar pesanannya. Belum sempat dia menghulurkan duit, suaminya itu terus menghulurkan not RM150 kepada pelayan itu. Arisya menolak tangan suaminya tapi lelaki itu berdegil untuk membayarnya. Akhirnya Arisya mengalah. Dia hanya melihat lelaki itu tersenyum kemenangan memandangkan.
          Di dalam kereta, Arisya meletakkan tiga keping RM50 ke atas riba Tengku Syazril Arfan. Lelaki itu dengan selamba meletakkan balik ke atas ribanya. Arisya dengan mendengus, meletakkan balik ke atas riba lelaki itu.
          "Abang tak kisah Isya taknak layan abang, taknak cakap dengam abang tapi satu je, kalau abang bagi sesuatu tolong terima. Tu tanggungjwab abang pada Isya." Tengku Syazril Arfan sedikit bengang dan meluncur laju ke destinasi seterusnya.
          Sampai di Sunway Piramid, Tengku Syazril Arfan memakir keretanya di tempat parkir. Dia kemudian membukakan pintu untuk Arisya sebelum isterinya sempat membuka. Pantas digenggam tangan Arisya. Isterinya meronta tapi dia hanya membuat bodoh. Terus ditariknya tangan lembut itu masuk ke dalam gedung beli belah mewah itu.
          "Lepaslah!!" Arisya merentap kuat tangannya. Dia terus berjalan laju melepasi suaminya. Eeei!! Menyakitkan hati betullah! Dia terus masuk ke dalam kedai kasut. Matanya terus bersinar mencari rak kasut jenama Nike, salah satu jenama yang digemarinya.
          Demi terpandangkan kasut Nike Roshe Run Classic Oreo, matanya terus bersinar. Cantiknya! Hitam dan putih. Boleh pakai nanti dia bermain futsal. Arisya terus mencubanya. Muat! Ailebiuuu...
          "Nak beli ke?"
          "Ehh taklah. Nak jual ni." Arisya senyum plastik sambil menayangkan giginya yang cantik tersusun.
          "Abang nak beli satu lah. Jangan bayar lagi. Bayar sama." Tengku Syazril Arfan terus berjalan ke rak lelaki. Dia mencari jenis dan warna yang sama dengan kasut Arisya. Jumpa! Nasib ada. Tengku Syazril Arfan terus mengambil kasutnya dan Arisya dan membayarnya di kaunter.
          "Nak tunjuk baik lah tu." Arisya mencebikkan bibirnya.
          Tengku Syazril Arfan yang mendengarnya terus menyekeh perlahan kepala Arisya. Mengaduh isterinya sebelum dia menggosoknya perlahan. Hahaha. Kutuk sangat orang depan-depan.
          Akhirnya mereka pulang setelah mengisi perut di KFC.







No comments:

Post a Comment