"Assalamualaikum." Arisya menanggalkan kasutnya dan melangkah masuk sanbil membawa bagasinya. Bagasi berwarna hijau itu diletak di tepi pintu. Arisya berlalu menuju ke dapur. Mana semua orang ni? Mata Arisya melilau mencari kelibat seseorang.
Kedengaran pintu utama dibuka. Arisya kembali ke ruang utama. Kelihatan seorang wanita anggun sedang menyimpan kasutnya ke dalam kabinet kasut. Arisya merapati wanita itu.
"Mama??" Arisya menyapa.
Wanita itu berpaling. Terserlah mata jernihnya menatap mata coklat muda milik Arisya.
"Ari.. Arisya? Is that you?" Datin Ariana memandang gadis muda di hadapannya atas bawah. Inikah anakku? Anak yang meninggalkannya bertahun dahulu. Tanpa membenarkannya melawat walau sekali. Sepuluh tahun!
"Ya mama.. Ni Arisya. Mama dah tak kenal ke?" Arisya semakin merapati mamanya. Tapi wanita itu menjauhinya sambil membuat muka menyampah.
"Mama? Ada ke anak yang mengaku mama selepas tak berjumpa almost ten years? What a joke are you making now?" Datin Ariana hendak berlalu tetapi anaknya itu dengan pantas menyambar lengannya dan dipegang erat.
"Mama. Kenapa? Mama tak gembira ke Ari balik ni?" Arisya menahan getar di dadanya.
"Mend your own bussiness young lady. Its your choice. You make it ten years ago. Buat hal masing-masing. Bilik kamu kat atas. Kalau masih ingat lah," sindir Datin Ariana pedas lalu berlalu naik ke biliknya di tingkat atas.
Arisya memegang dadanya yang tiba-tiba terasa sakit. Sekali lagi dia terluka. Terluka dengan sikap mamanya yang lebih teruk seperti dulu. Ya! Memang dia akui itu memang salah dia. Salah dia kerana melarang mamanya melawatnya di sana. Tapi itu semua demi kebaikannya. Dia ingin berdikari. Dia ingin melupakan segala yang pernah melukai hatinya. Tapi apabila dia sudah pulang, mamanya melayannya dengan cara ini. Arisya menahan sebak yang menikam.
Setelah perasaannya kembali normal, dia mengangkat bagasinya lalu naik ke tingkat atas. Sampai di hadapan pintu kayu jati yang kemas disapu syelek, Arisya memulas tombol pintu tersebut. Arisya melangkah masuk ke dalam biliknya yang sudah lama tidak dihuninya. Bilik itu masih lagi bersih. Tiada habuk yang memenuhi bilik itu. Mungkin mamanya mengupah seseorang supaya membersihkan biliknya. Walaupun mamanya bersikap dingin tapi Arisya tahu bahawa mamanya berbuat demikian kerana dia kecewa dengan Arisya. Arisya terima itu sebagai hukuman bagi kesalahannya.
Arisya melabuhkan punggungnya ke atas katil kanopi bercadar hijau lembut. Cadarnya masih tidak berubah seperti sediakala. Cadar hijau lembut dengan corak bulatan kecil berwarna-warni. Arisya memerhati pula segenap biliknya yang dicat dengan warna hijau pucuk pisang. Memang dia penggemar warna hijau. Sangat obses dengan warna hijau. Almari kaca berwarna putih masih berdiri teguh di sudut bilik. Hanya sofa panjang sahaja berubah tempat. Sofa hijau terang itu dialih ke sudut kaki katil. Manakala tempat asal sofa itu berada diletakkan rak kosong. Mungkin mamanya mahu dia sendiri yang menghiasnya.
Arisya bangkit dan membuka pintu almari kacanya. Hanya beberapa helai pakaian yang ada di dalam almari itu. Matanya jatuh pada bungkusan-bungkusan yang terbalut kemas di dalam almari itu. Arisya mencapai bungkusan tersebut. Ada sembilan kotak semuanya. Arisya membawa kesemua bungkusan itu lalu diletakkan ke atas katil. Arisya membaca kad yang diletakkan pada bungkusan berbalut corak teddy bear.
'Selamat ulang tahun yang ke 17 sayang. Semoga anak mama ni bahagia dan sentiasa dalam limpahan kasih Allah di sana.'
Arisya meletakkan kad tersebut dan mula mengoyakkan bungkusan hadiah itu. Kasut sukan! Arisya mengeluarkan kasut tersebut dari kotak. Cantik! Memang seperti yang dia idamkan selama ini. Kasut putih berjalur hijau.
Arisya terus mengoyakkan kesemua bungkusan itu selepas membaca semua kad. Hadiah yang ke lapan dan sembilan sahaja tiada kad. Kasut sukan kegemarannya, rantai emas putih berloket hati berwarna hijau zamrut. Cantik! Laptot, iPhone 4s, dress labuh berwarna hitam, satu sampul surat, kotak baldu dan dua anak kunci. Yang pasti, satu anak kunci kereta dan satu lagi seperti anak kunci rumah.
Arisya mengemas pembalut bungkusan yang berselerak di atas katilnya. Hadiah-hadiah tersebut dia simpan di dalam almari. Di tangannya terdapat satu sampul surat berwarna putih. Arisya mengoyakkan bahagian atas sampul dan mengeluarkan sepucuk surat yang ada di dalam sampul itu. Rasanya ini hadiahnya yang ke lapan. Arisya membaca perlahan surat itu.
Ke hadapan anakanda ku Arisya. Papa sebenarnya ada banyak perkara yang hendak diberitahu kepada puteri papa yang manja ni. Entah kenapa, papa rasa tak sedap hati sejak kebelakangan ini. Mungkin sesuatu akan berlaku. Yang pasti, papa terasa kekurangan waktu. Belum puas rasanya papa meluangkan waktu melayan Arisya. Mungkin suatu hari ajal akan menjemput papa. Sebelum terlambat, papa terlebih dahulu menulis surat untuk puteri kesayangan papa ini.
Arisya.. andai telah ditakdirkan papa pergi. Papa berharap sangat agar Arisya menjaga kedua-dua ibu dan adik Ari. Jaga mereka seperti menjaga nyawa Ari sendiri. Kerana merekalah yang akan curahkan kasih sayang kepada Arisya sepeninggalan papa nanti. Hormatlah mana dan taatlah kepada mama sayang. Papa tahu yang sejak dulu Ari berkecil hati dengan mama akibat perbuatannya tapi puteriku sayang. Manusia tidak pernah terlepas dari membuat kesilapan. Jagalah mama sebagai papa jaga dia selama ini. Bahagiakanlah hati mama kerana dia lah satu-satunya cinta papa selain kamu dan Syaza. Suatu hari kamu akan faham. Tidak lupa kepada adik kamu, belai lah dia. Jangan biarkan kemarahan turut dilepaskan kepadanya.
salam sayang,
papa.
Arisya melipat kemas surat itu dan dimasukkan kembali ke dalam sampul. Arisya memejamkan matanya. Papa. Ari janji Ari akan jaga dan bahagiakan mama dan adik kandung Ari. Ari janji.
Ari bangkit dan menyimpan sampul itu ke dalam laci almari. Dia kemudian mengemas bajunya dan terlelap nyenyak di atas katil selepas menunaikan solat asar dan mandi. Tanpa Arisya sedar, Datin Ariana sejak tadi memerhatikan segala kelakuannya.
****************
SUDAH sebulan Arisya pulang ke Malaysia. Dalam masa itu juga Arisya berusaha memujuk mamanya yang masih bersikap dingin dengannya. Arisya sudah pening kepala melayan kerenah mamanya.
Arisya menolak pintu kaca syarikat papanya. Mega Holdings yang megah berdiri hasil usaha dan titik peluh papanya selama ini. Sekarang syarikat ini diamanahkan kepada Along yang sekarang menjadi orang kepercayaan Datin Ariana. Arisya tahu itu setelah Along memberitahunya sebelum dia balik lagi. Dia pun tidak kisah kerana dia tidak berminat dengan urusan perniagaan. Dia lebih suka bekerja sendiri.
Arisy menghampiri kaunter pertanyaan.
"Tumpang tanya. Encik Mifzal Arfan ada tak?"
"Encik Mifzal? Dia baru je sampai tadi. Cik nak jumpa dengan dia ke?" perempuan cantik yang bekerja di kaunter itu bertanya ramah.
"Ouh. Haah. Saya nak jumpa dia."
"Bilik dia kat tingkat atas sekali. Tingkat 24. Lif ada kat sebelah sana." perempuan itu menunjuk ke arah sudut kiri.
Arisya berlalu menuju ke lif setelah mengucapkan terima kasih. Belum sempat dia menekan butang, seorang lelaki berpakaian korporat terlebih dahulu menekannya. Arisya berpaling. Kelihatan seorang lelaki kacak sedang memandangnya. Mata itu. Dia seperti mengenali mata itu. Mata hitam pekat. Arisya menggeleng. Tak! Tak mungkin dia. Arisya tidak menghiraukan lelaki itu. Arisya masuk ke dalam lif setelah pintu lif terbuka. Dia hanya diam tanpa menghiraukan kehadiran lelaki itu kerana Arisya dan lelaki itu sahaja yang berada di dalam lif.
Sampai di tingkat atas, pintu lif terbuka. Arisya berjalan laju keluar dari lif dan terus mencari bilik Encik Mifzal Arfan atau lebih mesra dipanggil Along, sahabat baiknya. Arisya menolak pintu kaca yang terpapar perkataan Managing Director setelah dia mengetuk dan terdengar suara yang menyuruh dia masuk.
"Woo.. woo.. tengok siapa yang datang? CEO kita." Along tersengih panjang.
Arisya menunjukkan penumbuk. Dia melabuhkan punggung di kerusi di hadapan meja Along.
"Nice office. Banyak yang berubah. Semakin mewah aku tengok. Sampai aku sendiri pun tak cam. Berbeza dengan yang dulu." Arisya memerhati segenap bilik itu. Dekorasi yang menarik walaupun simple.
"Alhamdulillah. Namanya syarikat kontraktor minah oii." Along menggeleng-geleng. Makin pelupa lah minah ni sorang. Sape suruh duduk kat negeri orang bertahun-tahun.
"Hahha.. Lupak pulak aku. Ehh.. Aku ada hal sikit nak bincang dengan kau."
"Hah! Apa dia?" Along menekan interkom menyuruh pembantunya membuat dua cawan kopi. Maklumlah dia dan Arisya memang hantu kopi.
"Aku tengah cari kerja sekarang. Nak cari modal bukak bisnes. Ada kerja kosong tak kat sini?" Arisya pada mulanya tidak mahu bekerja di sini. Tapi dia perlukan modal untuk membuka bisnes sendiri. Jadi dia terpaksa bekerja buat sementara. Kalau kewangan dia stabil, dia bercadang untuk membuka sebuah kedai kek. Memang minatnya sejak dahulu.
"Kerja? Ehh.. Jawatan CEO tu dah lama tunggu kau tau. Nak kerja apa lagi? Uruskan syarikat ni dah lah."
"Aku tak nak lah jawatan besar-besar. Lagipun jawatan tu tak sesuai dengan aku." Arisya menggeleng.
"Apa yang tak sesuainya? Tu memang hak kau. Pemegang saham terbesar kat syarikat ni. Takkan kau tak tahu?"
"Hah??" Arisya terkejut. Sejak bila dia jadi pemegang saham syarikat ni. Setahunya, mamanya yang menguruskan semua hal syarikat selepas pemergian papa. Takkan dia pulak.
Along diam. Dia meneguk air kopi yang baru dihantar pembantunya.
"Yela. Papa kau yang amanahkan macam tu. Selepas umur kau mencecahkan dua puluh tahun, nama kau naik sebagai pemegang saham terbesar. Adik dan mama kau hanya dapat suku. Kau dapat sebahagian daripada saham syarikat." Along menjemput Arisya minum.
"Sumpah! Aku tak tahu pun. Tapi kenapa papa bagi aku separuh daripada saham syarikat. Aku tak menyumbangkan apa-apa usaha pun kat syarikat ni."
"Dahlah. Papa kau amanahkan macam tu. Kau sepatutnya bersyukur. Lepas ni bolehlah aku uruskan majlis pelantikan CEO baru."
"Jangan! Aku tak nak. Biar keadaan okay dulu. Aku cuma nak jawatan biasa je. Ada tak?"
"Kejap. Aku cuba cari kerja yang sesuai dengan kau." Along membuka fail hitam itu dan meneliti seketika.
"Ari.. Kat sana kau budak Bachelor Of Applied Arts And Design kan?" Along mengangkat mukanya memandang Arisya.
"Haah. Kenapa?"
"Kau nak tak jadi Interior Design kat syarikat ni? Gaji pun boleh tahan."
"Interior Designer? Emm.. Boleh je. Lagipum aku tak pernah kerja dalam bidang tu. So, bila boleh mula ni?" Arisya membetulkan duduknya.
"Kalau esok boleh? Lagipum ada projek baru masuk. Untuk rumah Datuk Yusof, usahawan syarikat minyak tu." Along menyimpan kembali fail hitam itu ke dalam rak kaca.
"Okey. Kalau macam tu, aku datang esok. Sekarang aku ada hal sikit. Aku balik dulu lah and btw thanks sebab tolong aku. Kau boleh kan bincang dengan mama aku?"
"Okey cun. Tentang mama kau, jangan risau. Marah dia tak lama pun." Along menghantar Arisya sehingga ke pintu biliknya. Dia masih ada banyak kerja yang perlu dibereskan. Sekejap lagi dia ada meeting dengan pelabur asing dari Indonesia.
No comments:
Post a Comment