Saturday, 19 December 2015

Ku Pujuk Hatiku (KPH)

"OKEY! Ari nak sangat mama maafkan Ari kan? Baik. Mama ada satu syarat."
          Arisya mengangkat wajahnya yang sedari tadi menunduk mendengar mama memarahinya. Dia sudah lali dengan kemarahan mamanya. Arisya tersenyum. Mama sudah mahu maafkannya.
          "Syarat? Syarat apa?" Arisya masih menumpukan pandangannya pada Datin Ariana yang duduk di sofa bertentangan dengannya.
          "Kalau betul Ari nak mama maafkan segala perbuatan Ari selama ni, Ari mesti kahwin dengan lelaki pilihan mama. Mama dah ada calonnya."
          Kata-kata Datin Ariana seperti guruh berdentum kuat di telinga Arisya. Kahwin? Kenapa ini yang dia harus terima untuk mendapatkan kemaafan mamanya.
          "Kahwin? Are you joking me? Ari tak bina lagi kerjaya Ari sendiri. Sekarang mama suruh Ari kahwin? Lawak apa ni?" Arisya membantah. No! Ari takkan korbankan masa depannya dengan mengahwini lelaki yang dia tidak cinta. Dia taknak mainkan perasaan sesiapa hanya untuk mendapatkan keampunan mamanya. Tidak sesekali!
          "Its up to you. I have give you choice. Obey my words or you will be rebellious child. Its depend on your decision!" Datin Ariana berlalu ke biliknya tanpa menunggu kata-kata Arisya.
          "Mama! Mama!" Arisya memanggil mamanya berkali-kali tapi wanita itu menonong menaiki tangga.
          Arisya menyandarkan badannya ke sofa. Hatinya berkecamuk. Kenapa semua ni berlaku ya Allah? Kenapa? Arisya menekup mukanya. Cuba mengusir kata-kata jahat yang mula memenuhi mindanya.
          Kau jangan ikut cakap mama kau Ari. Kalau tak, kau takkan bahagia! Ini tentang perasaan kau. Satu suara asing kedengaran di telinga Arisya.
          Mama kau cuma nakkan yang terbaik untuk kau. Terimalah Arisya. Ini masanya untuk kau dapatkan kemaafan mama kau. Satu suara yang lain pula timbul.
          Jangan! Nanti apa yang akan jadi dengan kau? Mama kau cuma nak seksa kau. Kau kena pertahankan diri kau.
         Tak! Mama kau takkan buat macam tu. Ini masanya Ari. Kau sanggup ke hidup tanpa keredhaan mama kau? Kau sanggup ke hidup macam tu?.
          Arisya menekup kuat kedua-dua telinganya. Diam! Diam!!!! Arisya bangkit dan beredar ke biliknya. Hanya satu cara yang boleh tolong dia. Dia harus minta pertolongan Allah. Ya! Dia mesti buat solat istikharah. Dia tidak sanggup jadi anak derhaka.




                     *********************






"SAH!"
          Mendengarkan perkataan itu, Arisya menutup matanya. Cuba mencari ketenangan. Bukan ini yang dia mahu. Tapi ini satu-satunya cara supaya mama memaafkannya. Arisya tersedar apabila lengannya ditolak sedikit oleh Syaha. Arisya mengangkat mukanya memandang lelaki yang baru bergelar suaminya itu. Dia lelaki yang mempunyai mata yang sama dengan lelaki yang dibencinya. Arisya tahu itu.
          Arisya baru tahu yang dia akan berkahwin dengan lelaki ini sebelum upacara akad nikah. Semua urusan perkahwinan diserahkan bulat-bulat kepada mamanya. Mamanya yang merancang perkahwinan ini. Arisya hanya terpaksa demi mendapatkan kembali kemaafan mamanya. Cuma itu sahaja!
          Arisya menyarungkan cincin ke jari manis lelaki itu.
          Lelaki itu membalas dengan menyarungkan cincin emas putih bertatahkan berlian putih bersinar. Cantik! Tapi Arisya tiada hati untuk menghayati kecantikan cincin itu. Hatinya hambar.
         Arisya menyalami lelaki itu dan lelaki itu hanya memegang ubun-ubunnya. Mungkin tidak ingin menujuk tapi Arisya senang dengan itu. Sambil itu, suaminya itu sempat membisikkan sesuatu.
         "Terima kasih sayang sebab sudi terima abang dalam hidup sayang. Abang janji yang abang akan hapuskan segala kesedihan yang pernah singgah kat hati isteri abang ni."
         Arisya hanya senyum tawar. Dia tidak faham kata-kata lelaki itu. Kenapa lelaki itu berkata seolah-olah dia tahu sejarah hidup Arisya dulu? Pelik.
         Selesai majlis mereka dan selepas semua tetamu pulang, Arisya masuk ke dalam biliknya. Biliknya itu dihias cantik dengan warna hijau. Itu permintaannya. Kelopak bunga yang ditaburkan di atas katilnya, Arisya ambil dan menciumnya. Harum! Arisya memang sukakan bunga ros. Baunya yang semerbak mampu menghalau sedikit rasa tidak tenang dalam hati Arisya. Arisya membaringkan badannya ke atas tilam dan tanpa sedar dia terlelap.
          Arisya tersedar apabila terasa satu tangan menggoyang tubuhnya perlahan sambil menyuruhnya bangun.
          "Isya.. Bangun. Solat."
          Arisya terpisat-pisat. Dia menenyeh matanya seketika sebelum membukanya. Arisya kaget. Lelaki itu duduk begitu rapat dengannya. Arisya melarikan diri dengan mengambil pakaiannya dan terus memboloskan diri ke dalam bilik air.
          Selesai mandi, Arisya keluar. Dia terus menunaikan solat isyak tanpa menghiraukan suaminya yang asyik memandangnya.
          Arisya berdoa lama. Dia memohon keberkatan dalam rumah tangga yang baru dibina. Dia memohon kepada Allah agar membuka hatinya supaya menerima lelaki itu sebagai suaminya. Selesai berdoa, Arisya melipat telekung dan menyidainya di penyidai kayu ala-ala Inggeris.
          "Isya.. Isya tak kenal abang ke?"
           Suara itu memaksa Arisya berpaling. Dia memandang lama wajah suaminya. Memang wajah kacak suaminya ada iras dengan seorang lelaki ini. Lelaki yang telah merampas kebahagiaannya yang menjerutnya dengan perkahwinan ini.
          "Mestilah kenal. Awak suami saya."
          "Selain itu.. Isya kenal siapa abang?"
          Mendengarkan soalan itu, Arisya menggelengkan kepalanya. Yang dia tahu suaminya itu anak Tan Sri Tengku Muiz. Seorang usahawan terkenal yang memilih syarikat mama Arisya bagi menghias hotel terkemuka mereka nanti. Yang paling Arisya terkejut, rupanya mummy suaminya adalah kawan baik mamanya sendiri. Patutlah mamanya menjodohkan Arisya dengan lelaki ini. Lain perkara tentang lelaki itu langsung Arisya tidak ambil tahu.
          "Nama abang Isya kenal tak?"
          "Saya tak tahu apa-apa tentang awak. Saya cuma tahu awak anak Tan Sri Tengku Muiz. Dan nama tu macam pernah saya dengar."
          "Memang nama tu Isya pernah dengar." Tengku Syazril Arfan terus menunjukkan gambarnya sewaktu berada di tingkatan lima. Tidak banyak yang berubah, tapi entah kenapa isterinya itu tidak mengecamnya. Tapi dia tahu, isterinya itu berusaha untuk melupakan kenangan pahit yang berlaku sepuluh tahun yang lepas. Sebab itulah dia berusaha memujuk mamanya supaya menghantar rombongan meminang untuk menyunting Arisya menjadi isterinya selepas dia melihat Arisya di syarikat papa mertuanya itu.
          Serentak dada Arisya terasa panas. Terasa jantungnya mengepam deras ke segenap urat dalam tubuhnya. Tangannya digenggam kemas seakan ingin melepaskan penumbuk. Arisya memandang lama gambar itu sebelum berkalih memandang wajah lelaki yang tidak sampai sehari bergelar suaminya. Memang serupa cuma nampak lebih matang berbanding dulu. Tapi kenapa dia tidak mengecam lelaki itu selama ini. Walaupun lelaki itu telah menjadi suaminya tapi itu tidak mengubah hakikat yang lelaki itu adalah pembunuh papanya! Tengku Syazril Arfan Tan Sri Tengku Muiz!
          "Kau!!" Arisya mara.
          "Calm down Isya. Abang tahu abang salah. Tapi bagi abang peluang. Abang akan cuba perbetulkan semuanya." Tengku Syazril Arfan cuba memegang lengan Arisya tetapi pantas ditepis.
           "Peluang? Peluang apa yang kau nak?! Belum cukup lagi peluang yang aku bagi kat kau selama ini? Aku biarkan kau terlepas macam tu aje. Aku tak buat apa-apa tindakan. Kalau tak, kau dah meringkuk dalam penjara! Peluang macam mana lagi? Kau tak pernah bagi aku peluang, peluang untuk rasa sepuas hati kasih sayang papa aku! Sekarang kau jeratkan aku dalam perkahwinan ni. Kenapa kau nak sangat seksa aku? Kau tak puas hati apa lagi?! Kau memang nak tengok aku mati kan? Baru kau puas kan?!" Arisya melepaskan segala yang terbuku di dalam hatinya selama ini. Tidak sangka yang dia akan berkahwin dengan lelaki yang paling dibencinya. Dia mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakannya tapi sekarang.. lelaki itu muncul kembali merobek hatinya yang sudah banyak menelan kepahitan.
          "Tak! Abang tak pernah nak seksa Isya. Abang cuma nak tebus kesalahan abang pada papa Isya. Abang mengahwini Isya bukan sebab abang nak hapuskan rasa bersalah abang je tapi sebab abang sangat cintakan Isya." Tengku Syazril Arfan cuba menjelaskan semuanya tetapi isterinya itu enggan mendengarnya. Isterinya itu menutup kedua telinganya tanpa memberi peluang untuknya.
          "Diam!!"
          Arisya tak nak dengar semua tu. Hatinya sakit. Lukanya kembali berdarah. Kenapa? Kenapa mesti lelaki ini yang mama pilih? Mama! Tiba-tiba terdetik suatu dalam hati Arisya. Ya! Ini semua berpunca daripada mamanya. Mamanya yang beria-ria mengahwinkan dia dengan Tengku Syazril Arfan. Kenapa mamanya begitu kejam? Rasanya mamanya sudah tahu yang dia tidak akan sesekali memaafkan orang yang menyebabkan papanya mati. Kenapa mamanya tega mengkhianati papa demi persahabatan mamanya dengan kawan baik merangkap mak mertuanya itu. Kejam!
          "Mama aku kan yang paksa kau supaya berkahwin dengan aku kan? Mama memang melampau." Arisya berjalan kencang menuju ke pintu bilik tapi sempat dipegang erat oleh suaminya.
          "Lepasss!! Lepaskan aku!" Arisya meronta. Dia cuba melepaskan diri daripada pelukan suaminya. Dia harus bersekemuka dengan mamanya!
          "Isya. Dengar sini. Mama takde kaitan dengan semua ni. Abang yang nak kahwin dengan Isya. Bukan sebab persahabatan antara mama dengan mummy. Ni semua permintaan abang. Abang sayangkan Isya. Sejak dulu lagi."
          Arisya tidak mahu percaya. Dia menolak kuat badan suaminya sehingga lelaki itu terundur.
          "Kau penipu! Penipu!" Arisya berjalan pantas ke arah pintu bilik. Dia memegang tombol pintu tanpa membukanya. Dia teringat yang saudara maranya masih ada di rumahnya bagi meraikan perkahwinannya. Tindakan Arisya serta-merta terhenti. Dia diam di situ selama beberapa minit.
          Tengku Syazril Arfan tidak dapat berbuat apa-apa. Dia hanya diam memerhatikan Arisya yang kejung di pintu bilik. Dia tidak mahu menambahkan lagi rasa penderitaan isterinya itu. Dia takut Arisya lari darinya. Dia tidak sanggup untuk menghadapi semua itu. Hatinya sudah sepenuhnya diserahkan kepada isterinya.
           Arisya sedar yang dia tidak dapat berbuat apa-apa. Dia taknak menderhakai lagi mamanya. Dia sudah banyak berdosa. Dia takut akan balasan bagi orang yang menderhakai ibu. Tentang suaminya, dia masih tidak bersedia. Dia takkan beri lagi peluang kepada lelaki itu untuk melukainya lagi.
          Arisya berjalan ke arah katil dan mengambil dua biji bantal. Dia akan tidur di sofa malam ini. Tidak sanggup dia berkongsi katil dengan pembunuh papanya. Arisya merebahkan badannya yang lesu ke sofa panjang hijau terang dan terus menutup matanya. Suara suaminya yang menyuruhnya bangun dan tidur di katil tidak diendahkan. Dia masih memejamkan matanya.
          "Isya.. Bangun. Tidur atas katil biar abang tidur dekat sofa. Abang tahu sayang marahkan abang, tapi jangan sampai seksa diri sendiri. Isya.." Tengku Syazril Arfan berasa bersalah. Isterinya sanggup tidur di sofa kerana ingin menjarakkan diri darinya. Dia tidak sanggup membiarkan isterinya tidur di sofa. Pasti sakit badan.
          Melihat isterinya tidak mengendahkan kata-katanya, Tengku Syazril Arfan mengambil sebiji bantal dan selimut di atas katil. Dia menyelimutkan Arisya yang sudah terlena. Dia meletakkan bantal di atas permaidani tebal bersebelahan dengan sofa tempat Arisya tidur dan membaringkan badannya di situ. Dia tidak akan sesekali membiarkan isterinya sendirian. Dia sanggup tidur di bawah asalkan berada dekat dengan isterinya. Cuba mengisi kekosongan yang mengisi segenap hati keras milik isterinya.
          Tidak lama, Tengku Syazril Arfan akhirnya tertidur sambil menggenggam erat tangan isterinya dari bawah.















No comments:

Post a Comment